UTMAlumni
The official page of Universiti Teknologi Malaysia Alumni. A global community of 256,000 alumni across 101 countries, shaping industry, academia and society. Ts.
06/06/2026
𝗦𝗶𝗮𝗽𝗮 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗶𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗨𝗧𝗠 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗶𝗻𝗶? 📸✨
Rakaman Fasa Pertama Pembangunan Kampus UTM Skudai, Johor Bahru pada tahun 1983. Dari tanah merah dan bangunan yang sedang dibina, lahirlah kampus yang menjadi rumah kedua buat generasi demi generasi .
02/06/2026
𝗗𝗮𝗿𝗶 𝗶𝗻𝗼𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗸𝗲 𝗶𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗵𝗶𝗱𝘂𝗽𝗮𝗻.
Bagi kebanyakan kita, berjalan adalah perkara biasa. Namun bagi sesetengah individu, setiap langkah memerlukan kekuatan, keyakinan dan sokongan teknologi yang tepat.
Melalui penyelidikan dan inovasi oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Muhammad Hanif Ramlee, dan pensyarah Faculty of Electrical Engineering, UTM Johor Bahru, inovasi teknologi kaki palsu cetakan 3D dibangunkan bagi menjadikan alat bantuan mobiliti lebih mampu milik, selesa dan mudah diakses.
Inovasi ini bukan sekadar tentang teknologi. Ia tentang mengembalikan kebebasan bergerak, keyakinan diri dan peluang untuk menjalani kehidupan yang lebih bermakna.
Artikel penuh di ruang komen.
29/05/2026
28 Mei 2026 menandakan genap 13 tahun pemergian seorang ilmuwan, pejuang ilmu dan negarawan, Allahyarham 𝗧𝗮𝗻 𝗦𝗿𝗶 𝗔𝗶𝗻𝘂𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗪𝗮𝗵𝗶𝗱, 𝗡𝗮𝗶𝗯 𝗖𝗮𝗻𝘀𝗲𝗹𝗼𝗿 𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮 Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Pada tahun 1969, beliau dilantik sebagai Pengetua Maktab Teknik Kuala Lumpur, sekali gus menjadi anak Melayu pertama yang menyandang jawatan tersebut.
Maktab ini kemudiannya dinaik taraf menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada 14 Mac 1972, sebelum dijenamakan sebagai Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pada 1 April 1975 yang kita kenali hari ini.
Beliau turut terlibat secara langsung dalam pembangunan kampus UTM di Skudai, Johor, termasuk perancangan kejuruteraan bangunan yang dibina. Khidmat beliau dalam sektor pendidikan berterusan sehingga persaraan beliau di UTM pada tahun 1989.
Untuk rekod, Allahyarham dilantik sebagai Rektor ITK dari tahun 1972 hingga 1975, sebelum memegang amanah sebagai Naib Canselor pertama UTM dari tahun 1975 hingga 1989.
Semoga semangat perjuangan Allahyarham Tan Sri Ainuddin Abdul Wahid terus menjadi teladan dalam usaha kita mengangkat martabat ilmu, teknologi dan teknokrat Malaysia.
Semoga segala jasa, khidmat dan sumbangan beliau, khususnya dalam melahirkan bakat profesional negara, diterima Allah SWT sebagai amal soleh.
Al-Fatihah.
Tan Sri Dato' Ainuddin Wahid, Naib Canselor Pertama UTM Enjoy the videos and music you love, upload original content, and share it all with friends, family, and the world on YouTube.
27/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha daripada penghuni santai UTM Johor Bahru 🐐✨
📸 Redwan Adman
Click here to claim your Sponsored Listing.
Contact the business
Telephone
Address
UTMAlumni, Rumah Alumni, Universiti Teknologi Malaysia Johor Bahru
Skudai
81310