SMK Mutiara Rini

SMK Mutiara Rini

Share

Mula beroperasi pada 01.01.2001
Cemerlang Gemilang CEMERLANG GEMILANG

Photos from SMK Mutiara Rini's post 10/07/2026

6-9 Julai 2026
Kejohanan Olahraga MSSD Johor Bahru.

Tahniah kepada semua atlet yang berjuang habis-habisan dibawah bimbingan guru, pentadbir & ibu bapa

Photos from SMK Mutiara Rini's post 10/07/2026

Peratus Kehadiran Ke Sekolah bagi Bulan Jun 2026

🌸Mohon kerjasama dan keprihatinan ibu bapa/penjaga agar sentiasa memastikan anak-anak hadir ke sekolah setiap hari kecuali atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

🌸Kehadiran yang konsisten membantu meningkatkan pencapaian akademik, membentuk sahsiah dan disiplin, serta menjamin perkembangan mereka secara menyeluruh.

🌸Sokongan dan perhatian daripada ibu bapa amat dihargai demi kejayaan anak-anak.

🎊Setiap hari ke sekolah adalah satu langkah ke arah kejayaan. Kehadiran anda hari ini membuka peluang untuk belajar, berkembang dan membina masa depan yang lebih cemerlang. Ayuh hadir ke sekolah setiap hari!"

08/07/2026

Info J-Safe

KESELAMATAN SEKOLAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Sekolah yang selamat bermula dengan sikap yang bertanggungjawab.
Patuhi peraturan sekolah, hormati warga sekolah, dan sentiasa peka terhadap keselamatan diri serta orang di sekeliling.
Bersama kita wujudkan persekitaran sekolah yang selamat, ceria dan kondusif.

INFO J-SAFE SIRI 1/2026
MEMPERKUKUH KAWALAN KESELAMATAN MURID DI SEKOLAH

Keselamatan murid adalah keutamaan. Tiada kompromi.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor menyeru semua institusi pendidikan di negeri ini agar terus memperkukuh kawalan keselamatan sekolah melalui pelaksanaan langkah-langkah pencegahan yang proaktif, pemantauan yang berterusan serta tindakan segera terhadap sebarang risiko yang boleh menjejaskan keselamatan dan kesejahteraan murid.

Antara tindakan yang perlu diberi perhatian ialah:
🔹 Memperketat kawalan di pintu masuk sekolah.
🔹 Melaksanakan rondaan berkala di kawasan yang dikenal pasti berisiko.
🔹 Memastikan tiada murid membawa senjata atau objek berbahaya ke sekolah.
🔹 Memperkukuh mekanisme pelaporan awal terhadap sebarang ancaman, pergaduhan atau perlakuan agresif.
🔹 Mempererat kerjasama dengan ibu bapa, PIBG, PDRM dan agensi berkaitan.
🔹 Melaporkan setiap insiden keselamatan kepada PPD dan JPN dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.

Keselamatan sekolah bukan hanya tanggungjawab pihak pentadbir atau guru semata-mata, bahkan memerlukan komitmen dan kerjasama semua pihak. Persekitaran sekolah yang selamat merupakan asas kepada pembentukan sahsiah, kesejahteraan emosi dan kecemerlangan pembelajaran murid.

JPN Johor komited memastikan setiap sekolah kekal sebagai tempat yang selamat, kondusif dan bebas daripada sebarang ancaman.

"Tiada Kompromi Dalam Aspek Keselamatan."

📘 INFO J-SAFE
Siri perkongsian rasmi JPN Johor bagi memperkasakan budaya keselamatan, kesejahteraan dan perlindungan murid di semua institusi pendidikan negeri Johor.

Tahun Ini, Tahun Kita, Imej Kita











Youtube rasmi JPNJ : Official JPN Johor
https://www.youtube.com/

Facebook rasmi JPNJ : Jabatan Pendidikan Negeri Johor
https://www.facebook.com/JPNJohor/

Instagram rasmi JPNJ :
https://www.instagram.com/jpnjohormedia/

YouTube Cikgu Podcast :
https://youtube.com/

TikTok Cikgu Podcast :
https://www.tiktok.com/

Laman Sesawang rasmi JPN Johor :
http://jpnjohor.moe.gov.my

Want your school to be the top-listed School/college in Skudai?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Jalan Persiaran Utama
Skudai
81300