UTM FLEET
BERTANGGUNGJAWAB MENGURUSKAN KENDERAAN UNIVERSITI UNTUK KEMUDAHAN KAKITANGAN DAN PELAJAR UTM
15/05/2026
Tahniah💐💐 dan syabas diucapkan atas pelantikan sebagai Penyelia Pemandu UTM Dan Pemandu Kanan UTM.
Bukan sekadar memegang stereng perjalanan, tetapi turut membawa amanah, disiplin dan dedikasi dalam setiap langkah perkhidmatan.
Semoga setiap perjalanan yang ditempuhi terus dipermudahkan, dihiasi kejayaan dan menjadi inspirasi buat seluruh warga kerja.
🖋️Terus melangkah dengan penuh semangat, kerana setiap usaha yang ikhlas pasti membawa destinasi yang indah. ✨🚐
22/04/2026
Assalamualaikum wrt. wbt. & Salam Sejahtera
Dimaklumkan bahawa jadual perjalanan perkhidmatan shuttle sepanjang tempoh Bekerja dari Rumah (BDR) Selasa Dan Khamis adalah seperti yang telah ditetapkan. Perkhidmatan ini berkuat kuasa pada 21 April 2026. Sehubungan itu, semua pelajar adalah dimohon untuk mengambil maklum dan merancang perjalanan. Terima kasih..
27/03/2026
4 MAC 2026 (RABU)-Telah Berlangsung Program Bubur Lambuk bersama Kelab Krukend yang merupakan satu inisiatif kemasyarakatan yang diadakan bersempena bulan Ramadan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli kelab dan komuniti setempat. Melalui aktiviti gotong-royong menyediakan bubur lambuk, program ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kerjasama, malah menjadi platform untuk berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan. Suasana penuh harmoni dan keikhlasan jelas terpancar apabila setiap kakitangan berganding bahu dalam menjayakan program yang penuh keberkatan ini
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Skudai
81310
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |