Sahabat Ar Rahnu Sungai Besar
Pajak Gadai Islam. Menerima semua jenis mutu emas.
10/06/2026
[ HEBAHAN PEMBAYARAN DIVIDEN KOOP SAHABAT BAGI TAHUN KEWANGAN 2025 ]
Sukacita dimaklumkan bahawa dividen bagi Tahun Kewangan 2025 telah dikreditkan ke Akaun Modal Syer anggota pada 6 Jun 2026. Anggota boleh membuat semakan dividen melalui Sahabat Super App atau KOOPIMS.
Pengeluaran dividen boleh dibuat bermula 15 Jun 2026 hingga 31 Julai 2026. Bagi pengeluaran tunai di cawangan Sahabat Ar-Rahnu (SAR), anggota boleh membuat semakan dan menerima bayaran secara tunai dengan had maksimum pengeluaran sebanyak RM3,000 dan amaun bayaran adalah tanpa sen (contoh: RM10.00).
Bagi pengeluaran dividen yang melebihi RM3,000, permohonan akan diproses di Ibu Pejabat Koop Sahabat dan bayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank anggota. Tempoh pemprosesan adalah sehingga 30 hari.
Pengeluaran dividen adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anggota kepada Koop Sahabat.
08/06/2026
📢 PENGUMUMAN DIVIDEN 2025 📢
Alhamdulillah, Koop Sahabat dengan sukacitanya mengumumkan kadar dividen sebanyak 10% bagi Tahun Kewangan 2025.
Pengumuman ini telah dibuat sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) Kali Ke-13 sebagai penghargaan kepada seluruh anggota yang terus memberikan kepercayaan, sokongan dan komitmen kepada Koop Sahabat.
Pencapaian ini merupakan hasil kerjasama serta sokongan berterusan semua anggota dalam memperkukuh pertumbuhan dan kelestarian koperasi.
💙 Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan berterusan anda dalam memperkukuh pertumbuhan serta kelestarian Koop Sahabat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Website
Address
No 28 Tingkat Bawah, Jalan Bunga Loceng Kuning, Sungai Besar Sentral
Sungai Besar
45300
Opening Hours
| Monday | 09:30 - 17:30 |
| Tuesday | 09:30 - 17:30 |
| Wednesday | 09:30 - 17:30 |
| Thursday | 09:30 - 17:30 |
| Friday | 09:30 - 17:30 |