72 BN KPD

72 BN KPD

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from 72 BN KPD, Government Organization, Taiping.

Photos from 72 BN KPD's post 07/04/2026

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗞𝗔𝗜𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗔𝗡𝗚𝗚𝗢𝗧𝗔 𝟳𝟮 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗞𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔

Taiping, 6 Apr 26 - Seramai 9 Pegawai dan 112 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) telah terlibat dalam Perbarisan Pemakaian Pangkat Anggota yang dilaksanakan di Padang Kawad, Kem Sabroan, Taiping, Perak. Perbarisan ini diketuai oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Mohd Zaidi bin Missman.

Perbarisan dimulakan dengan ketibaan Pegawai Memerintah, Lt Kol Azman bin Abdul Talib disusuli dengan nyanyian lagu Kor Perkhidmatan DiRaja. Perbarisan diteruskan dengan acara pemakaian pangkat seramai 4 anggota dari Kpl ke Pangkuan Sjn. Upacara pemakaian pangkat ini diikuti dengan pembacaan Ikrar Pemakaian Pangkat yang dipimpin oleh 1160542 Pangkuan Sjn Muhammad Nick Aiman bin Abdullah sebagai simbolik taat setia dan komitmen terhadap tanggungjawab baharu. Perbarisan ini mencerminkan semangat profesionalisme dan komitmen tinggi warga 72 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja dalam kesinambungan tugas serta memperkukuhkan Sistem Pemerintahan Rejimental (SPR).

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Muhammad Norhafiz Zamani bin Abdul Razak

Photos from 72 BN KPD's post 16/03/2026

𝗖𝗘𝗥𝗔𝗠𝗔𝗛 𝗡𝗨𝗭𝗨𝗟 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗞𝗛𝗔𝗧𝗔𝗠 𝗔𝗟-𝗤𝗨𝗥𝗔𝗡 𝟳𝟮 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗞𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Taiping, 13 Mac 26 – Pasukan telah mengadakan Ceramah Nuzul Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran yang dilaksanakan di Surau Nurul Iman, Kem Sabroan, Taiping, Perak.

Tujuan utama Ceramah Nuzul Al-Quran dan Majlis Khatam Al-Quran ini dilaksanakan bagi memupuk kecintaan dan minat terhadap Al-Quran dalam menghidupkan syiar Islam di samping mengimarahkan bulan Ramadan Al Mubarak dengan alunan ayat suci Al-Quran. Sesi kuiz turut diadakan bagi menguji kefahaman Pegawai dan anggota LLP yang terlibat.

Acara dimulakan dengan Ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Kapt Muhannad bin Mohamad Nasriff, Pegawai Agama Pasukan dan disusuli dengan bacaan surah-surah dan doa khatam Al-Quran oleh 35 peserta tadarus yang terdiri daripada 4 Pegawai dan 31 anggota Lain-Lain Pangkat (LLP). Cawangan Agama turut mengadakan program Cepat Baca Al-Quran (CBQ) yang terdiri daripada 40 anggota LLP bertujuan untuk membimbing peserta untuk lebih menguasai dengan kaedah yang betul, mudah dan bersistematik di samping memperbaiki serta mempertingkatkan lagi keupayaan membaca Al-Quran.

Acara diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada semua peserta tadarus dan peserta cepat baca Al-Quran oleh Penolong Pegawai Memerintah, Mej Mohd Zaidi bin Missman.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz Zamani bin Abdul Razak

Photos from 72 BN KPD's post 16/03/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗔𝗞 & 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗔𝗚𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗨𝗕𝗨𝗥 𝗟𝗔𝗠𝗕𝗨𝗞 𝟳𝟮 𝗕𝗔𝗧𝗔𝗟𝗜𝗢𝗡 𝗞𝗢𝗥 𝗣𝗘𝗥𝗞𝗛𝗜𝗗𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

Taiping, 11 Mac 26 - Seramai 10 Pegawai, 128 anggota Lain Lain Pangkat (LLP) dan 42 staf awam telah terlibat dalam Program Memasak & Pengagihan Bubur Lambuk yang dilaksanakan di Surau Nurul Iman, Kem Sabroan, Taiping, Perak.

Sebelum acara dimulakan, warga pasukan melaksanakan Tadarus dan Kelas Al-Quran bagi mengimarahkan Surau Nurul Iman sepanjang Ramadan. Sejurus selepas itu, semua warga pasukan bergotong-royong menyediakan bahan dan proses memasak bubur lambuk.

Acara diakhiri dengan pengagihan bubur lambuk oleh Pegawai Memerintah, Lt Kol Azman bin Abdul Talib kepada semua warga pasukan, pasukan sahabat serta masyarakat sekitar sebagai simbolik perkongsian rezeki dan tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program tersebut.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz Zamani bin Abdul Razak

Photos from Royal Service Corps - RSC's post 25/02/2026
Photos from 72 BN KPD's post 19/02/2026

𝗪𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗦𝗘𝗡𝗧𝗜𝗔𝗦𝗔 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗜𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗞𝗦𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗧𝗔𝗛 𝗨𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗔𝗡𝗚𝗟𝗜𝗠𝗔 𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗡𝗧𝗘𝗥𝗔 𝗞𝗘-𝟮𝟰

Taiping, 16 Feb 26 - Seramai 8 Pegawai dan 84 anggota Lain-Lain Pangkat telah menyaksikan Perutusan Panglima Angkatan Tentera Ke-24 secara live streamingdi Dewan Payung, Kem Sabroan, Taiping, Perak.

Perintah Ulung Panglima Angkatan Tentera Ke-24 memperkenalkan Tiga Nilai Teras Utama yang diringkaskan sebagai ATM iaitu Akhlak Teras, Tatakelola Tuntas dan Martabat Tempur yang disokong dengan Tujuh Tonggak Strategik sebagai pelan tindakan seperti berikut:

Tonggak 1: Wrga Berakhlak Tinggi, Tersemai Iman di Sanubari.

Tonggak 2: Tatakelola Tuntas, Integriti Terpelihara.

Tonggak 3: Angkatan Masa Hadapan, Pertahankan Ibu Pertiwi.

Tonggak 4: Keutuhan Angkatan Kesiapsiagaan Menyeluruh.

Tonggak 5: Cakna Anggota, Keluarga dan Veteran ATM, Berpisah Tiada.

Tonggak 6: ATM Bersama Masyarakat Bagai Aur Dengan Tebing.

Tonggak 7: Diplomasi Pertahanan Berprinsip, Malaysia Dihormati.

Menerusi perutusan tersebut, warga 72 Batalion Kor Perkhidmatan DiRaja berpeluang memperoleh pemahaman yang lebih tuntas mengenai hala tuju serta aspirasi kepimpinan tertinggi dalam usaha memperkukuh kesiapsiagaan dan profesionalisme dalam kalangan warga pasukan.

Disediakan oleh: Lt Muhammad Aliff Asjad bin Mohd Azman
Jurugambar: Pbt Nik Norhafiz Zamani bin Abdul Razak

Want your organization to be the top-listed Government Service in Taiping?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Culinary Team

Attire

Website

Address


Taiping