PkP Assist

PkP Assist

Share

PkP Assist merupakan Agent Insurance bagi kenderaan dan juga nyawa No 1 di Taiping, Perak.

30/08/2020

PUTRAJAYA, 29 Ogos (Bernama) — Orang ramai diberi masa sehingga 30 Sept untuk memperbaharui Lesen Memandu Malaysia (LMM) dan Lesen Kenderaan Motor (LKM), kerana pengecualian yang diberikan pada Mac lepas akan ditamatkan Isnin ini (31 Ogos).

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata pembatalan pengecualian ini adalah selaras dengan kuasa menteri di bawah seksyen 66(1)(x) dan 127 (1)(b) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang memperuntukkan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Pengecualian) 2020.

“Bagaimanapun, orang ramai yang memiliki LMM dan LKM yang tamat tempoh masih diberi masa untuk memperbaharuinya dalam tempoh 30 hari sehingga 30 Sept 2020,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

29/05/2020

SIARAN MEDIA
29 MEI 2020
JABATAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA

PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR LATIHAN DAN PENGUJIAN PEMANDU BERMULA 1 JUN 2020

Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan membuka semula sektor Latihan dan Pengujian Pemandu berkuatkuasa 1 Jun 2020. Ini bermakna pengoperasian Institut Memandu dan proses melesenkan pemandu oleh JPJ akan dilaksanakan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan waktu operasinya bermula 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

15/05/2020

“JANGAN SERBU PEJABAT JPJ”

TERKINI : Urusan Kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia berfungsi sepenuhnya berkuatkuasa 18 Mei 2020, Isnin.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa berurusan di kaunter-kaunter JPJ seperti :

1. Saringan suhu badan (37.5’c kebawah) di pintu masuk utama premis JPJ

2. Memakai topeng muka dan hidung (face mask)

3. Mengamalkan penjarakan sosial 1 meter

4. Kerap membasuh tangan dan menggunakan hand sanitizer

5. Pembayaran e-payment dan

6. Menjaga kebersihan dan mencegah penularan wabak COVID-19 adalah tanggungjawab bersama.

10/05/2020

Diingatkan bahawa kenderaan persendirian masih tertakluk terhadap pengecualian pembaharuan LKM dan Lesen Memandu dalam tempoh PKP seperti yang telah diumumkan oleh YB Menteri Pengangkutan pada 24 Mac 2020 yang lalu.
Punca Kuasa Sek.66(1) APJ 1987 (Akta 333)

Want your business to be the top-listed Finance Company in Taiping?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


113 Jalan Simpang
Taiping
34000