FB Rasmi Hospital Taiping Perak

FB Rasmi Hospital Taiping Perak

Share

Hospital Taiping merupakan Hospital Kluster Perak Utara & kedua terbesar di Perak.

09/07/2026

[𝐒𝐈𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐃𝐈𝐀]

𝐇𝐎𝐒𝐏𝐈𝐓𝐀𝐋 𝐓𝐀𝐈𝐏𝐈𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐂𝐀𝐑𝐈 𝐖𝐀𝐑𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐘𝐀𝐓 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐓𝐔𝐍𝐓𝐔𝐓

TAIPING, 9 Julai 2026 - Hospital Taiping mencari waris kepada mayat wanita yang tidak dituntut di Jabatan Perubatan Forensik hospital ini.

Wanita warganegara Malaysia dan berketurunan Melayu bernama AZIZAH BINTI MAN berusia 56 tahun telah disahkan meninggal dunia pada 7 Julai 2026 lalu. Alamat terakhir wanita ini adalah di Pusat Jagaan Warga Emas Al Ikhlas Rozy, F 865, Jalan Kamunting Jaya, Kampung Expo Kamunting, Perak.

Sehubungan dengan itu, pihak waris dimohon hadir ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Taiping atau menghubungi talian 05-8204000 (samb. 8045) bagi urusan tuntutan mayat dan maklumat lanjut.

PENGARAH HOSPITAL TAIPING
9 JULAI 2026

Photos from FB Rasmi Hospital Taiping Perak's post 09/07/2026

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐑𝐎𝐇𝐀𝐍𝐈 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐇𝐈𝐃𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐓𝐈𝐋𝐀𝐖𝐀𝐇 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟖𝐇/ 𝟐𝟎𝟐𝟔𝐌

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Norhanim binti Abd Lazim dari Wad Neonatal Intensive Care Unit (NICU), Hospital Taiping atas kejayaan meraih kejayaan sebagai Johan Qariah dengan markah keseluruhan 91% dalam Majlis Pemantapan Rohani Dalam Perkhidmatan Kesihatan dan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Perak Tahun 1448H/2026M.

Majlis yang telah berlangsung pada 8 Julai 2026 bertempat di Dewan Bankuet FAMA, RTC Gopeng ini merupakan anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Perak dengan kerjasama Hospital Kampar sebagai wadah memperkukuhkan penghayatan nilai kerohanian, integriti dan kecemerlangan warga perkhidmatan kesihatan.

Pencapaian ini membuktikan komitmen warga Hospital Taiping dalam mengimbangi kecemerlangan profesionalisme dengan penghayatan nilai-nilai murni serta keunggulan sahsiah dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Hospital Taiping untuk terus melakar kecemerlangan dalam setiap bidang yang diceburi.

Photos from KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA's post 08/07/2026
Photos from Pengarah Hospital Taiping's post 07/07/2026
Want your practice to be the top-listed Clinic in Taiping?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Jalan Taming Sari
Taiping
34000