SM Sains Raja Tun Azlan Shah
Berdisiplin, Berilmu, Berbakti
23/07/2026
Sekalung Tahniah
Seluruh warga SM Sains Raja Tun Azlan Shah merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Tuan Wan Muhammad Najib bin Wan Sulaiman atas pelantikan sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM), berkuat kuasa mulai 20 Julai 2026.
Semoga dengan amanah dan tanggungjawab baharu ini, beliau dipermudahkan segala urusan dalam memimpin dan memperkasakan kecemerlangan sekolah.
Selamat menjalankan amanah cikgu. Semoga SM Sains Raja Tun Azlan Shah terus melakar lebih banyak kejayaan di bawah kepimpinan yang berwibawa.
Tahniah dan selamat maju jaya!
20/07/2026
🌿
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.
Pada 16 Julai 2026, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) telah melakar satu kejayaan apabila berjaya menerima *Anugerah Green Flag*, iaitu pengiktirafan tertinggi di bawah Program Eco-Schools Malaysia.
Pengiktirafan berprestij ini diterima selepas sesi Audit *Anugerah Green Flag (Bendera Hijau)* yang telah dijalankan di SERATAS oleh barisan panel juruaudit berikut:
Panel Juruaudit
1. Encik Mohd Fikri Mohd Bakri.
Presiden, Eijau Millennium Explorer, Kuala Lumpur.
2. Dr. Lilawati binti Ab. Wahab
Pensyarah Kanan, Fakulti Alam Bina, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar.
Turut hadir Penyelaras pelaksanaan audit ialah wakil daripada Green Growth Asia Foundation, iaitu:
1. Cik Nur Syafinaz binti Mohd Kamal
Eksekutif Program Pendidikan Hijau.
2. Cik Nor Alya Khairina binti Mustafa Anuar
Eksekutif Program Young Reporters for the Environment (YRE) dan Komunikasi Media.
Kejayaan ini merupakan hasil komitmen, kerjasama dan dedikasi seluruh warga SERATAS dalam membudayakan amalan kelestarian alam sekitar melalui pelaksanaan pelbagai program serta inisiatif hijau yang dilaksanakan secara berterusan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada SERATAS untuk terus unggul sebagai sebuah institusi pendidikan yang membudayakan kelestarian alam sekitar serta melahirkan generasi yang bertanggungjawab terhadap kesejahteraan bumi.
🌱 "Semoga kecemerlangan ini terus dikekalkan dan menjadi inspirasi kepada semua." 🌱
03/07/2026
Jadual perlawanan hari pertama.
03/07/2026
🏐 **KEJOHANAN BOLA JARING SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN 2026** 🏐
Selamat datang dan selamat bertanding kepada semua kontinjen dari seluruh negara yang akan menyertai Kejohanan Bola Jaring Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2026
📅 Tarikh : 3, 4 & 5 Julai 2026
📍 Tempat : SJKC Hua Lian 3
📌 Pengelola : Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah
Semoga kejohanan ini menjadi medan untuk mempamerkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan bakat terbaik dalam sukan bola jaring. Semoga semua peserta berjaya memberikan aksi terbaik dan pulang dengan pengalaman yang bermakna.
**Selamat maju jaya kepada semua pasukan!** 💙💛
https://youtube.com/live/hTSA6ANzDsk?feature=share (HARI PERTAMA KEJOHANAN)
https://youtube.com/live/srTneXVylOI?feature=share (HARI KE-2 KEJOHANAN)
https://youtube.com/live/OyEqP9OEwGQ?feature=share (HARI KE-3 KEJOHANAN / PENUTUP)
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Website
Address
Taiping
34000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |