Tersorok
Serious Strawberry Club
Kami serious dengan scones kami. Anda? Menyorok di Taman Sedia, Cameron Highlands. Cari sampai jumpa!
18/05/2025
Salam semua, nak maklum yang sekarang ramai tak jadi mangsa sesat dah, semua pakat kerumun datang kedai awai pagi, takdan nak warm up bukak kedai, terus beli baby scones. Terima kasih sangat sangat yang datang dari jauh, beli banyak2, sampai saya nak explain pun jadi gagap.
Tapi maaf sangat sangat, kepada yang tak dapat beli, disebabkan scones habis, dan terpaksa menunggu 2 jam untuk beli scones yang lagi fresh dari oven.
Nak elakkan dari saya tidur mengigau disebabkan serba salah, untuk customer walk-in, saya limitkan pembelian samada 2 set of 5pcs, ataupun 1 set of 12pcs. Saya assume yang walk-in ada lah customer yang baru sesat cari kedai, so boleh cuba dulu rasa baby scones kami, manatau tiba-tiba tak menepati taste bud korang.
For those yang nak beli banyak, 4-5 sets or more, kena booking seawal satu atau dua hari. Boleh contact dekat link kat profile, kalau tak reply, contact sampai reply. Jangan risau, scones masih akan dibakar fresh untuk korang. Cuma nak memudahkan kerja kamj dengan kapasiti yang sedia ada ini.
Terima kasih sekali lagi dan berkali kali kepada yang support bisnes kecik ni. Saya doakan korang sekeluarga dimurahkan rezeki sepanjang urusan dunia dan paling penting, sihat selalu untuk makan scones kami ❤️
07/03/2025
Assalamualaikum semua, nak inform yang pada Ahad ni (9th March), kami ada delivery baby scones ke Kuantan & Temerloh, semua scones fresh, dibakar pada awal pagi Ahad tu, jem pun sama, masih fresh & semestinya berketul-ketul!
Pada yang berminat nak order, boleh tekan link whatsapp di atas. Hanya open order untuk 20 set sahaja tauuu ✨
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Tanah Rata
39000
Opening Hours
| Wednesday | 15:00 - 18:30 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |