Pergigian Daerah Cameron Highlands
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pergigian Daerah Cameron Highlands, Public & Government Service, Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Cameron Highlands, Tanah Rata.
13/03/2026
AKTIVITI KESIHATAN PERGIGIAN BERSAMA IBU BAPA PELAJAR SEKOLAH KEBANGSAAN TANAH RATA
Program Promosi Kesihatan Pergigian bersama ibu bapa murid Sekolah Kebangsaan Tanah Rata telah berlangsung pada 14 Januari 2026. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi anak-anak sejak usia muda.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan sepanjang program ini, antaranya pameran kesihatan pergigian, ceramah pendidikan kesihatan pergigian, serta pemeriksaan gigi kepada para peserta. Melalui pameran dan ceramah yang disampaikan, ibu bapa diberi pendedahan tentang cara penjagaan gigi yang betul, kepentingan pemeriksaan gigi secara berkala serta peranan ibu bapa dalam membentuk tabiat penjagaan kesihatan mulut yang baik dalam kalangan anak-anak.
Diharapkan program seperti ini dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa agar mereka dapat bersama-sama menjadi contoh serta pembimbing kepada anak-anak dalam menjaga kesihatan pergigian. Kerjasama dan sokongan ibu bapa amat penting bagi memastikan anak-anak membesar dengan gigi yang sihat dan senyuman yang ceria.
04/11/2025
LAWATAN TIMBALAN PENGARAH KESIHATAN NEGERI (PERGIGIAN) PAHANG KE BILIK WAD DAN BILIK PEMBEDAHAN HOSPITAL SULTANAH HAJJAH KALSOM
23 September 2025 - Satu lawatan ke bilik wad dan bilik pembedahan telah dijalankan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom dihadiri oleh YBrs. Dr. Wan Salina Binti Wan Sulaiman, TPKN (G) Bahagian Kesihatan Pergigian Pahang, diiringi oleh YBrs. Dr. Muhammad Syahril Azwan Bin Che Hasan, Pengarah Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Dr. Sharina Binti Dolah, Dr. Muhammad Khairil Affandy Bin Rosli, Dr. Mohd Khairul Anuar Bin Ab Rahman dan Matron Arbiah.
Bagi kawasan Pahang Barat, Hospital Daerah Kuala Lipis telah dipilih sebagai Hospital Kluster Pergigian yang menyelaras perkhidmatan kepakaran pergigian untuk Hospital Cameron Highlands, Hospital Raub, dan Hospital Bentong.
Sebagai sebahagian daripada pelaksanaan perkhidmatan ini, pakar dari Hospital Kuala Lipis akan membuat lawatan berkala ke Klinik Pergigian Cameron Highlands. Jadual lawatan adalah seperti berikut:
1. Jabatan Bedah Mulut (JBM) – setiap bulan genap
2. Jabatan Pergigian Pediatrik (JPP) – setiap bulan ganjil
Lawatan pakar yang dilaksanakan setiap dua bulan ini yang merangkumi:
Rawatan Pesakit Luar (Outpatient) – bagi konsultasi, pemeriksaan serta rawatan kes-kes yang melibatkan kepakaran.
Perkhidmatan Visiting OT (Operation Theatre) – untuk kes-kes yang memerlukan prosedur pembedahan khusus.
Jenis-Jenis Kes Visiting OT
Kebanyakan kes di jalankan visiting OT adalah yang melibatkan Bius Am.
Antara kes pergigian yang telah dijalankan oleh pakar adalah:
1. Pembedahan gigi terimpak (impacted tooth)
2. Rawatan Enucleation of Cyst
3. Prosedur pembedahan trauma muka dan rahang ringan.
4. Biopsi mulut untuk tujuan diagnosis.
Jabatan Pergigian Pediatrik (JPP):
1. Rawatan pergigian menyeluruh untuk kanak-kanak yang tidak boleh dirawat secara konvensional.
2. Rawatan restoratif dan endodontik
3. Rawatan kecemasan kes pergigian pediatrik tertentu.
04/11/2025
Cabut atau Rawat? 🤔
Ramai anggap cabut gigi adalah jalan mudah, tapi tahukah anda komplikasi jangka panjang seperti:
😟 Pengecutan otot muka
🦷 Penyusutan tulang rahang⚠️ Masalah sendi rahang & pertumbuhan gigi tidak normal
#6020
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Telephone
Website
Address
Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Cameron Highlands
Tanah Rata
39000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 17:00 |