Briged Utara PGA

Briged Utara PGA

Share

Facebook Rasmi Bagi Briged Utara Pasukan Gerakan Am Polis DiRaja Malaysia

Photos from Briged Utara PGA's post 27/05/2026

SOLAT SUNAT AIDILADHA DAN PROGRAM MELAPAH LEMBU IBADAH KORBAN PERDANA BERSAMA PARLIMEN TAMBUN

ULU KINTA, 27 MEI 2026 – Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Briged Utara PGA telah menganjurkan Solat Sunat Aidiladha disusuli dengan Program Melapah Lembu sempena Ibadah Korban Perdana bersama Parlimen Tambun.

Program ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga pasukan serta masyarakat setempat yang hadir bagi menunaikan solat sunat Aidiladha secara berjemaah dan seterusnya menyertai aktiviti korban.

Solat sunat Aidiladha telah diimamkan oleh Ustaz Mohd Nasir manakala bilal bertugas ialah Ustaz Muhammad Siddiqin. Selesai solat, program diteruskan dengan jamuan hari raya sebelum aktiviti melapah lembu korban dilaksanakan melibatkan sebanyak 9 ekor lembu.

Pelbagai pengisian turut diadakan termasuk cabutan bertuah serta gimik penyerahan daging korban oleh Pegawai Khas Parlimen Tambun kepada wakil penerima, YDH ACP Jafri bin Muhamad, Timbalan Komander Briged Utara PGA.

Program diakhiri dengan jamuan makan tengah hari dan solat Zohor berjemaah, sekali gus menyemarakkan lagi semangat kebersamaan dan ukhuwah dalam kalangan warga pasukan.

Penganjuran program seumpama ini bukan sahaja menghidupkan syiar Islam, malah memperkukuh hubungan silaturahim serta nilai keprihatinan dalam kalangan warga PGA dan komuniti setempat.

26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M

Kepada seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya warga Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), serta warga awam dan seluruh rakyat Malaysia.

Aidiladha yang disambut ini mengingatkan kita akan erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab. Semoga semangat ini terus menjadi pemangkin dalam memperkukuh jati diri, perpaduan serta komitmen kita dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga Aidiladha ini menyemai nilai pengorbanan, keikhlasan dan membawa keberkatan, kedamaian serta kebahagiaan kepada kita semua.

Ikhlas daripada,
YDH SAC Balveer Singh a/l Mahindar Singh
Komander Briged Utara PGA

&

YBhg Puan Rajvinder Kaur a/p Didar Singh
Pengerusi PERKEP Briged Utara PGA

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tanjung Rambutan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Tanjung Rambutan