APM Sebatik

APM Sebatik

Share

"SEDIA PANTAS BERINTEGRITI"

Photos from APM Sebatik's post 17/05/2026

17 MEI 2026 (AHAD) - Satu latihan asas bagi kemahiran ascending dan descending telah dilaksanakan dengan jayanya oleh APM Pulau Sebatik yang berlangsung di Batalion 7 RAMD Kem Kabota Tawau. Latihan ini telah disertai oleh barisan pegawai APM Sebatik, MyASPA-O, dan MyASPA-P.

Latihan intensif ini diadakan khusus untuk memantapkan kecekapan teknikal, menguji ketahanan fizikal, serta meningkatkan tahap kesiapsiagaan setiap anggota dalam mengendalikan operasi menyelamat di kawasan altitud tinggi, struktur bangunan, mahupun lurah yang curam.

Sesi latihan bermula seawal pagi dengan taklimat keselamatan komprehensif serta pemeriksaan rapi ke atas peralatan menyelamat seperti harness, tali statik, peranti ascender, dan descender. Seterusnya, para peserta menjalani latihan praktikal menuruni tebing atau bangunan (descending) dan memanjat tali (ascending) secara terkawal dengan penekanan kepada aspek imbangan serta kawalan kelajuan yang betul.

Secara keseluruhannya, latihan yang tamat pada petang hari tadi berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini. Semua anggota telah mempamerkan komitmen dan disiplin yang tinggi, sekali gus membuktikan kesediaan APM untuk dikerahkan pada bila-bila masa demi keselamatan masyarakat.

“Sedia, Pantas dan Berintegriti”

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah

15/05/2026

Ikrar Belia Malaysia Sempena Sambutan Hari Belia Negara Tahun 2026 Peringkat Kebangsaan

APM PUPA Pulau Sebatik
Tarikh: 15 Mei 2026
Tempat: Pejabat Unit Pertahanan Awam (PUPA) Pulau Sebatik

Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Sebatik menzahirkan semangat patriotisme dan komitmen golongan belia melalui lafaz Ikrar Belia Malaysia, sebagai lambang perpaduan, disiplin dan kesungguhan untuk terus berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Sebagai pasukan yang sentiasa bersiap siaga menghadapi pelbagai cabaran serta situasi bencana, warga APM Pulau Sebatik komited untuk terus memperkukuh nilai kepimpinan, kesukarelawanan dan semangat perpaduan dalam usaha membentuk generasi belia yang berwawasan, berintegriti dan berjiwa rakyat.

Belia merupakan aset penting dan peneraju utama yang akan menentukan kekuatan serta kemajuan negara pada masa hadapan.

Dengan semangat “Sentiasa Siap Sedia”, APM Pulau Sebatik akan terus melahirkan belia yang tabah, berani dan berdedikasi tinggi dalam memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Tawau?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


KG SG TONGKANG PULAU SEBATIK
Tawau
91000