Tawau Dragon Rovers
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Tawau Dragon Rovers, Non-Governmental Organization (NGO), Tawau.
26/03/2026
Datang sebagai PESERTA,
Balik jadi LEGEND…
At least legend cerita lucu dalam group 🤣🔥
Jom join camping 🫶🏻
24 Mac 2026 — Program Gerakan Raya ke-4 (beraya rumah ke rumah) anjuran Krew Pengakap Kelana D Udara Tawau telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh kemeriahan dan kenangan indah melibatkan kunjungan ke 6 buah rumah.
Gerakan tersebut diserikan dengan kehadiran ahli-ahli Pengakap Kelana Tawau yang turut bersama-sama menjayakan aktiviti serta menceriakan suasana sepanjang berlangsungnya aktiviti. Setiap momen yang dilalui, termasuk gelak tawa dan kebersamaan, telah meninggalkan makna yang mendalam kepada semua yang terlibat.
Diharapkan kenangan yang tercipta ini akan terus menjadi pengikat ukhuwah dalam kalangan ahli pada masa akan datang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
Rumah Terakhir 🤣
Part 4
Part 3
Part 2
Gerakan Raya Ke-4 Kelana D 🐉
SHRAMZB 💙
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin. Ikhlas daripada Krew Pengakap Kelana D Udara Tawau 🫶🏻
20/03/2026
Ihya Ramadhan 8.0: “Syurga Ramadhan” Santuni Golongan Asnaf di Kg Pasir Putih.
TAWAU, 14 Mac 2026 — Aktiviti ke-5 bagi program Ihya Ramadhan 8.0 iaitu “Syurga Ramadhan” telah berjaya dilaksanakan di Kampung Pasir Putih, Tawau.
Program ini merupakan anjuran Krew Pengakap Kelana D Udara Tawau dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau dalam usaha menyantuni golongan asnaf serta menyemarakkan amalan kebajikan sepanjang bulan Ramadhan.
Antara pengisian aktiviti termasuk gotong-royong di rumah asnaf, penyampaian bakul sumbangan serta barangan keperluan dapur, di samping majlis berbuka puasa bersama penduduk setempat.
Penganjuran program ini mencerminkan keprihatinan masyarakat terhadap golongan yang memerlukan serta memupuk semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan komuniti.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat serta para penyumbang yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan program ini.
Semoga segala amalan kebajikan yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan ganjaran daripada Allah SWT.
20/03/2026
Ihya Ramadhan 8.0: Bawa Kegembiraan Buat Anak-Anak Yatim di Tawau 🤍✨
TAWAU, 10 Mac 2026 — Program Ihya Ramadhan 8.0 diteruskan dengan aktiviti ke-4 bertemakan “Sentuhan Kasih Seikhlas Ramadhan” yang telah berlangsung di Rumah Anak Yatim Ar-Raudhoh, Batu 4 Jalan Apas.
Program ini merupakan inisiatif Krew Pengakap Kelana D Udara Tawau dengan kerjasama Pertubuhan Muafakat Amal Ikhlas Tawau serta Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Tawau.
Aktiviti ini diadakan sebagai tanda keprihatinan terhadap golongan yang memerlukan, khususnya anak-anak yatim, di samping menyemarakkan semangat kebajikan dan amalan bersedekah sepanjang bulan Ramadhan.
Sepanjang program, para peserta berpeluang meluangkan masa bersama anak-anak yatim serta menyampaikan sumbangan hasil daripada para penyumbang yang prihatin.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung, dalam menjayakan program ini.
Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi mengukuhkan silaturahim dan memupuk semangat kebersamaan dalam masyarakat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Website
Address
Tawau