APM Tawau
Penggerak Gelombang Kesukarelaan
01/05/2026
KURSUS BAKAL PEGAWAI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026
📅 30 Mei 2026 (Khamis)
📍 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau
KURSUS BAKAL PEGAWAI PERINGKAT NEGERI SABAH TAHUN 2026
UJIAN KAWAD TONGKAT ✅
HARI KEEMPAT - Kursus Bakal Pegawai Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Tawau sebagai lokasi latihan berpusat.
Kursus ini menghimpunkan peserta dari tiga zon utama iaitu Zon Tawau, Zon Sandakan dan Zon Keningau, dengan objektif melahirkan bakal pegawai yang berpengetahuan, berdisiplin serta berkeupayaan tinggi dalam melaksanakan tugas-tugas pertahanan awam.
Sepanjang hari pertama, para peserta telah didedahkan dengan sesi taklimat awal, pengenalan kursus serta pengurusan organisasi sebagai asas kepada pembentukan kepimpinan yang berintegriti dan berwibawa.
Diharapkan kursus ini dapat melahirkan barisan pegawai yang kompeten dan sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat selaras dengan peranan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dalam menghadapi sebarang situasi kecemasan.
“Sedia, Pantas dan Berintegriti”
27/04/2026
KURSUS ASAS PERTAHANAN AWAM SIRI 1/2026
ANGKATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (APM) TAWAU
Tarikh: 25.04.2026 & 26.04.2026
Tempat: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tawau.
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tawau telah melaksanakan Kursus Asas Pertahanan Awam Siri 1/2026 dengan jayanya, melibatkan seramai 18 orang peserta.
Kursus ini dikendalikan oleh 6 orang pegawai dan anggota APM Tawau yang berpengalaman, dengan pengisian merangkumi asas pertahanan awam, pengurusan kecemasan, pertolongan cemas serta latihan praktikal bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan peserta dalam menghadapi sebarang situasi bencana.
Pelaksanaan kursus ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai peranan APM, malah turut membentuk disiplin, semangat berpasukan serta kesedaran terhadap tanggungjawab membantu komuniti.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti kursus ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat dimanfaatkan demi keselamatan dan kesejahteraan bersama.
“Sedia, Pantas, Berintegriti”
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Tingkat 2 Wisma Persekutuan Tawau, Peti Surat 550 Tawau
Tawau
91008TAWAU,SABAH.