Indah Zaliha Ali Raa Biowhite

Indah Zaliha Ali Raa Biowhite

Share

Alia Makeup Design

19/11/2025

ramai rakyat masih terlalu percaya dengan apa yang mereka nampak di depan mata.
Ada yang masih terpikat dengan janji manis yang datang hanya pada musim tertentu.
Ada yang masih menganggap “pemberian sementara” itu bukti kepimpinan, sedangkan ia hanya kabus yang menutupi realiti sebenar.
Dan ya… ada yang masih belum nampak permainan di belakang tirai, walaupun tanda-tandanya begitu jelas.

Tetapi sampai bila kita mahu biarkan keadaan begini berulang?
Sampai bila masa depan Sulaman ditentukan oleh mereka yang pandai mengambil kesempatan atas kepercayaan rakyat?

Rakyat Sulaman sebenarnya bukan buta.
Mereka cuma terlalu baik hati.
Terlalu mudah percaya.
Terlalu berharap bahawa kali ini, janji itu akan ditunaikan.
Namun berapa kali lagi kita harus dikecewakan sebelum kita belajar membezakan keikhlasan daripada kepentingan?

Kita perlukan kepimpinan baru yang tidak mempergunakan kelapangan hati rakyat.
Pemimpin yang tidak memanipulasi kepercayaan demi sokongan sementara.
Pemimpin yang tidak memancing simpati dengan cara-cara yang semua orang tahu… tetapi ramai buat-buat tidak faham.

Sulaman memerlukan pemimpin yang tidak mengambil kesempatan atas kepercayaan rakyat, tetapi memelihara kepercayaan itu dengan amanah.
Pemimpin yang memimpin dengan terang, bukan dengan taktik yang membuat rakyat keliru.
Pemimpin yang jujur bekerja, bukan jujur hanya bila dilihat.

Sudah tiba masanya kita buka mata.
Sudah tiba masanya rakyat Sulaman tidak lagi mudah diperdaya oleh janji bermusim.
Sudah tiba masanya kita memilih mereka yang benar-benar menjaga hati rakyat — bukan mereka yang hanya pandai bermain di depan rakyat.

Perubahan itu bermula apabila kita berani melihat kebenaran.
Dan Sulaman sudah sampai masanya untuk berubah.

18/11/2025

Satu-satunya calon wanita yang bakal bertanding di PILIHANRAYA NEGERI SABAH, N12 DUN SULAMAN💪🏻💪🏻💪🏻




Datin Hajah Siti Aminah Binti Ele-N12 Sulaman Perikatan Nasional

18/11/2025

Bukan mudah untuk menang di Sulaman. Kita akui itu kerana kawasan ini kubu kuat Ketua Menteri. Tapi perjuangan bukan soal senang atau susah. Ia soal suara rakyat yang mahu didengar, soal keberanian membawa perubahan walau peluangnya tipis. Kadang-kadang suara kecil itulah yang mampu gegarkan tembok besar.

Dalam politik, segalanya mungkin. Dan dalam hidup, tiada yang mustahil dengan izin Allah. Kita berusaha sehabis baik, selebihnya kita serah kepada Nya.

Jika niat kita betul, perjuangan kita ikhlas demi rakyat, InsyaAllah, kemenangan itu bukan lagi mustahil. Kuasa rakyat digabung dengan kuasa Allah, itulah kekuatan sebenar.

Jadi, marilah kita tetap berusaha dengan yakin dan jujur, kerana perubahan bermula dengan satu undi.

Undi saya, calon No. 2, Datin Hjh. Siti Aminah Ele. N.12 Sulaman.

18/11/2025

Assalamualaikum dan salam hormat kepada seluruh warga N.12 Sulaman,

Dengan penuh rasa rendah hati dan kesyukuran, saya berada di isini hari ini bukan sebagai seorang yang sempurna, tetapi sebagai seorang wanita yg berani melangkah ke hadapan membawa suara rakyat iaitu suara anda semua.

Saya sedar, kawasan ini dikenali sebagai kubu kuat pemimpin besar. Tapi saya percaya yg lebih kuat daripada nama dan jawatan adalah suara rakyat yang inginkan perubahan sebenar.

Saya bukan datang dengan retorik kosong, tetapi dengan tekad dan kesungguhan untuk mendengar, berkhidmat dan membela nasib semua tanpa mengira kampung, suku, jantina atau latar belakang.

Saya mewakili satu harapan baharu iaitu wanita juga mampu memimpin, berani bersuara dan boleh menjadi wakil rakyat yang ikhlas bekerja untuk semua.

Sulaman bukan milik sesiapa tapi ia adalah milik rakyat. Kini masanya kita buktikan, suara rakyat lebih berkuasa dari segala2nya.

Terima kasih atas kepercayaan ini. Doakan dan sokong saya demi masa depan yang lebih adil dan bermaruah.

Terima kasih.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Telipok Town?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Telipok Town
89208