GoFix Teluk Intan

GoFix Teluk Intan

Share

Membekal Produk Paklong Man Legacy & Rumah Manis :- Jamu, Minyak Bidara, Amirna pills, Sabun basuh RM

27/08/2025

Korang pernah dengar bunyi speaker berdesing bila enjin hidup. Selalunya benda ni jadi sebab wiring ground tak kemas. Ramai tak ambil peduli, tapi kalau tak ikat betul kesan dia memang besar. Sistem audio boleh kacau dan rasa tak selesa bila drive.
Ground ni walaupun nampak kecil, dia penting untuk sambungan stabil head unit dan amplifier. Bila ikat longgar, signal audio akan terganggu. Bunyi jadi berdesing, kadang putus-putus. Dari situ masalah lain boleh mula datang kalau tak perasan awal.
Selain ground, polariti speaker kena betul. Kalau sambung positif dengan negatif terbalik, bunyi bass akan hilang dan treble jadi tajam. Lagu p**a kedengaran pelik, macam tengah dengar radio lama walaupun barang semua masih baru.
Power connection pun kena tepat. Merah untuk ignition, kuning untuk bateri direct. Kalau salah sambung, fuse boleh putus atau head unit terus tak hidup. Hitam p**a wajib clamp kemas dekat body kereta. Kalau longgar, banyak problem akan timbul.
Wayar tambahan juga ada fungsi sendiri. Biru untuk antena, pink untuk kamera reverse, hijau untuk lampu kecil. Kalau tak sambung, ada ciri yang tak berfungsi. Skrin tak boleh adjust cerah atau kamera reverse tak menyala bila gear undur.
Kalau nak tambah amplifier, gunakan remote biru atau RCA line output. Jangan cucuk pada wayar lain sebab boleh kacau sistem. Tempat ground amp juga kena bersih dari karat dan cat. Bila kemas, bunyi audio lebih padu dan stabil.
Sebelum pasang balik panel dashboard, test dulu semua speaker satu-satu. Kalau ada yang tak kena, senang untuk betulkan masa tu juga. Bila dah pasang panel, nak buka balik memang leceh. Jadi lebih baik test awal-awal bagi tenang hati.
Bila semua wiring ikut warna dan sambungan dibuat dengan betul, sistem audio boleh digunakan tanpa masalah. Tak ada bunyi pelik, tak ada problem power, tak ada speaker putus. Senang je kalau ikut cara betul dan hasil pun lebih puas.

21/04/2024

Enjin kapal gergasi rosak dan tiada siapa dapat membaikinya, jadi mereka mengupah Jurutera Mekanikal yang berpengalaman lebih 30 tahun.

Dia memeriksa enjin dengan teliti, dari atas ke bawah. Selepas melihat segala-galanya, jurutera itu memunggah begnya dan mengeluarkan tukul kecil.

Dia mengetuk sesuatu dengan lembut. Tidak lama kemudian, enjin itu hidup semula. Enjin telah dibaiki!

Seminggu kemudian jurutera itu menyebut kepada pemilik kapal bahawa jumlah kos membaiki kapal gergasi itu ialah $20,000 !

"Apa?!" kata pemiliknya.

"Anda hampir tidak melakukan apa-apa. Berikan kami bil terperinci."

Jawapannya mudah:

Ketuk dengan tukul $2

Tahu tempat untuk mengetuk dan berapa banyak yang perlu diketuk: $19,998

Pentingnya menghargai kepakaran dan pengalaman seseorang...kerana itu adalah hasil perjuangan, percubaan dan juga air mata.

Jika saya melakukan kerja dalam masa 30 minit, itu kerana saya menghabiskan 20 tahun belajar bagaimana melakukannya dalam masa 30 minit. Anda berhutang saya selama bertahun-tahun, bukan minit.

Begitulah...

07/01/2023

Hari ini saya nak kongsi motivasi bermanfaat

tetapi memandangkan saya ini bukan lah proven success dalam bidang diceburi ini

Ialah saya baru sahaja bermula mempromosikan bisnes telco sejak ogos 2022

Saya fikir, adalah lebih baik saya share motivasi orang yang betul-betul berjaya dalam bidang diceburi

seperti beliau ini pemilik Restoran Nasi Pakistan No.1 Batu Pahat, Tuan Azrul Hisyam Ahmad, 40.

Siapa tak kenal, orangnya famous dalam Tik Tok gara-gara Nasi Pulao Pakistan dan Lamb Shanknya

Berkesempatan menemuinya, saya nak kongsi point point menarik yang beliau kongsi untuk renungan dan pedoman kita bersama

Beliau panggil ini adalah Rukun-rukun Kejayaan Dalam Perniagaan

1. Bangun tidur, jangan terus pergi berniaga.

Ini satu kesalahan besar, sebaliknya bangun tidur ambil wudhu pergi solat dan bersolat berjemaah Subuh di masjid dan surau, itu paling baik.

2. Bila solat dijaga, hidup serba serbi dipermudahkan, semuanya akan baik-baik

Inshaallah, produk atau perkhidmatan akan baik, pekerja akan baik, pelanggan yang datang baik-baik.

3. Jiwa kita berserabut disebabkan tidak bersolat

Jika bangun tidur, kelam kabut pergi berniaga, kita akan jadi rimas, malas dan menyebabkan diri kita sendiri tak selesa.

4. Jangan jadi kedekut

Apabila berniaga dan pendapatan kita sudah lebih dari biasa hingga berpuluh ribu sebulan, jangan kedekut

Contoh apabila hendak melakukan ibadah Korban dan pilih haiwan korban paling murah dan kalau boleh siap diskaun.

Kenalah beli haiwan paling baik sekali walau harganya mahal kerana Allah SWT.

5. Duit berkepuk-kepuk adalah ujian kesenangan.

Jangan bertangguh niat untuk lakukan ibadah

Jangan tunggu duit berkepuk-kepuk baru nak pergi umrah.

Bawak emak dan ayah jika masih ada pergi umrah sekali dengan kita.

6. Jadilah peniaga yang bertakwa dan beramal soleh.

Itulah paling baik sekali kerana, segala amalan baik dan ibadah yang dilakukan menjadikan kita terlepas diri dari melakukan perkara syirik.

Apabila kita ‘clear’ dengan Allah, kita tak buat benda-benda syirik

Paling masalah sekali, apabila peniaga mula jumpa bomoh dan gantung segala azimat di kedai masing-masing

Itu adalah dosa besar dan yang perlu difahami peniaga, orang-orang muda jangan fikir buat seperti itu.

27/08/2022

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua.

Sekiranya tuan puan memerlukan perkhidmatan pembaikan dan servis mesin basuh, peti sejuk, chiller, aircond, kipas angin, pendawaian elektrik, cctv dan auto gates.

Sila klik link dibawah:-
www.wasap.my/601151703847/GoFixTelukIntan

27/07/2022

Assalamualaikum & Selamat Tengahari tuan/puan.

Ada masalah berkaitan Peti Sejuk, Mesin Basuh, Kipas Angin, Aicond, CCTV dsb. Hubungi sahaja kami dengan klik link dibawah:-

www.wasap.my/601151703847/gofixtelukintan

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Teluk Intan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


No 47 Lorong TBI 1 Taman Banjar Indah
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 22:00
Friday 09:00 - 22:00
Saturday 09:00 - 22:00