Polis Teluk Intan

Polis Teluk Intan

Share

Balai Polis Teluk Intan 36000 Teluk Intan Perak

15/09/2021

Kami warga kerja Balai Polis Teluk Intan mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia. Semoga kita bersama-sama tanpa mengira lapisan masyarakat, agama serta bangsa dapat mengukuhkan perpaduan kaum dan berdiri dengan satu bendera iaitu "MALAYSIA"

dengan Malaysia.
Malaysia

Photos from Polis Teluk Intan's post 14/09/2021

TELUK INTAN - Operasi Pematuhan SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 Covid-19 telah dilaksanakan oleh Insp Al-Ikhsan b. Borhan (Ketua Polis Balai Teluk Intan) bersama anggota polis di sekitar kawasan perniagaan/tempat di Teluk Intan antaranya di Restoran McDonald' s, Restoran Nikmat, Pitstop 58 Dam Aji serta beberapa kawasan perniagaan lain di sekitar kawasan ini. Tujuan operasi ini dijalankan adalah untuk memeriksa pelanggan yang hadir mempunyai 2 dos vaksin lengkap semasa makan di restoran serta mengikut SOP PPN (Fasa 2) ditetapkan oleh Majlis Keselaman Negara (MKN). Semasa operasi ini dijalankan, seramai 4 orang pelanggan telah dikompaun kerana makan di restoran tanpa cukup vaksin yang lengkap. Masyarakat setempat juga diingatkan supaya mengikuti SOP PPN ditetapkan oleh MKN. Operasi ini dijalankan dari semasa ke semasa sepanjang SOP PPN ini dikuatkuasakan.

Photos from Polis Teluk Intan's post 23/07/2021

Pemberian Sumbangan Bakul Makanan 1.0 daripada Balai Polis Teluk Intan telah diserahkan kepada (146 buah) keluarga meliputi beberapa kawasan kampung di kawasan Teluk Intan. Antara kampung terlibat iaitu Kg Glouster (16 keluarga), Kg Lrg Mesra, dan sekitar Bt 7 Changkat Jong (70 keluarga), Kg Bahagia (24 keluarga), Pemandu Teksi Bandar Baru (20 keluarga), Kg Batak Rabit (3 keluarga), dan Kg Sg Cawang Ganda (13 keluarga). Semoga dengan sedikit rezeki yg kami kongsikan dapat membantu saudara terlibat dalam keadaan menghadapi pademik Covid 19. Kami warga Polis Balai Polis Teluk Intan khasnya dan semua warga polis hanya meminta doa-doa kalian utk memberikan kesihatan yg baik dan semangat dalam kami menjalankan tugas kepolisian kepada masyarakat. Terima kasih juga tidak terhingga kepada penyumbang-penyumbang bakul makanan. Semoga anda diberikan kesihatan yang baik dan diberkati Allah SWT.

21/07/2021

TELUK INTAN, 21 Julai - Sekitar pemandangan Pkpd dikawasan Taman Melor Fasa 1, Teluk Intan

10/07/2021

TALIAN WHATSAPP NEGERI PERAK

Want your organization to be the top-listed Government Service in Teluk Intan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Teluk Intan
36000