PIBKS SKSI II

PIBKS SKSI II

Share

Persatuan Ibu Bapa dan Komuniti Setempat SKSI II.

08/07/2024

Jom Meriahkan Kejohanan Hoki MSSD Hilir Perak Bawah 12tahun.
9 & 10 Julai 2024.
Stadium Hoki Majlis Perbandaran Manjung.
8.00pagi - 6.00petang.

Photos from PIBKS SKSI II's post 17/02/2024

๐™†๐™€๐™…๐™Š๐™ƒ๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™ƒ๐™Š๐™†๐™„ 5๐™จ๐™š๐™—๐™š๐™ก๐™–๐™ ๐™‚๐™๐™€๐˜ผ๐™ ๐™Ž๐™๐™„๐˜พ๐™† ๐™‹๐™€๐™ˆ๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™๐™‰๐˜ผ๐™‰ ๐™‹๐™€๐™๐™„๐™‰๐™‚๐™†๐˜ผ๐™ ๐™†๐™€๐˜ฝ๐˜ผ๐™‰๐™‚๐™Ž๐˜ผ๐˜ผ๐™‰

Alhamdulillah.
Pembuka tirai untuk kempen Pembangunan Hoki SK Sultan Idris ll 2024.

Idrisian HT telah menghantar 2 pasukan Lelaki u11 dan u9 ke Kejohanan Hoki 5sebelah Great Stick Piala PIBG SKBPJ Pembangunan Peringkat Kebangsaan pada 13, 14 & 15 Februari 2024 di SK Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, Kedah. Kali ini, dua orang wakil ibu bapa kepada pemain hoki telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai Pengurus semasa pertandingan berlangsung.

Alhamdulillah atas pencapaian yang telah diraih.
๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐Ÿญ๐Ÿญ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป - ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฆ๐—ต๐—ถ๐—ฒ๐—น๐—ฑ
๐—ฃ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ต ๐Ÿต๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚๐—ป - ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐—ธ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐˜๐—ฒ๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜๐—ฒ

Pasukan Idrisian juga telah menerima dua Anugerah Khas iaitu :
1๏ธโƒฃ๐™‹๐™š๐™ข๐™–๐™ž๐™ฃ ๐™ƒ๐™–๐™ง๐™–๐™ฅ๐™–๐™ฃ ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ฅ๐™ค๐™ฉ๐™š๐™ฃ๐™จ๐™ž ๐˜ฝ๐™–๐™ฌ๐™–๐™ 9๐™ฉ๐™–๐™๐™ช๐™ฃ - ๐˜ผ๐™ข๐™ข๐™–๐™ง ๐˜ผ๐™ฆ๐™–๐™จ๐™๐™–
2๏ธโƒฃ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ช๐™ง๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™๐™š๐™ง๐™—๐™–๐™ž๐™  ๐™‹๐™–๐™จ๐™ช๐™ ๐™–๐™ฃ

Alhamdulillah.

Tiada daya tanpa izin-Nya.
Tahniah buat semua pemain hoki Idrisian yang tak pernah putus asa memberikan yang terbaik dalam pasukan.
Terima Kasih buat Ibu Bapa, barisan pentadbir, para penyumbang dan seterusnya semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bersama-sama dalam Program Pembangunan Hoki SK Sultan Idris ll.

The Best Is Yet To Come, Trust The Process.
Move Forward.

Photos from PIBKS SKSI II's post 17/02/2024

๐Ÿ‡นโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ญโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ทโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ดโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ผโ€‹โ€‹๐Ÿ‡งโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฆโ€‹โ€‹๐Ÿ‡จโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฐโ€‹

Penutup 2023 untuk Pembangunan Hoki Idrisian HT ke Kejohanan Hoki 5sebelah Bawah 12tahun di Stadium Kangar Perlis.
๐˜ผ๐™ฃ๐™œ๐™ž๐™ฃ ๐™๐™ž๐™ข๐™ค ๐™€๐™™๐™ž๐™จ๐™ž ๐™†๐™š๐™™๐™ช๐™–.
๐™‹๐™š๐™จ๐™ฉ๐™– ๐™ƒ๐™ค๐™ ๐™ž 5๐™จ ๐™‹๐™š๐™ง๐™ก๐™ž๐™จ.

Terima Kasih Ibu Bapa yang telah turut sama turun padang memberi sokongan kepada pasukan.
Terima Kasih kepada para penyumbang yang telah memberikan sumbangan kepada pasukan Idrisian HT.

Photos from PIBKS SKSI II's post 17/02/2024

15 Disember 2023

Penyerahan sumbangan beg sekolah daripada wakil Pengusaha-pengusaha Kenderaan Bumiputera (PEKEMA) kepada Penolong Kanan Pentadbiran, Pn Ashira binti Kamaruddin yang mewakili murid-murid SK Sultan Idris ll.

Manakala majlis penyerahan sumbangan tersebut telah disampaikan kepada murid-murid semasa perhimpunan mingguan pada 22 dan 30 Januari 2024 sebelum menutup sesi persekolahan 2023/2024.

Photos from PIBKS SKSI II's post 17/02/2024

13 Disember 2023

Program Cegah Rokok dan V**e yang dianjurkan dengan kerjasama Pejabat Kesihatan dari Agensi Kementerian Kesihatan Malaysia dan IPD Teluk Intan dari Agensi Polis Diraja Malaysia.

Program ini diadakan untuk memupuk gaya hidup sihat tanpa rokok dan v**e serta memperkasakan Duta Sahsiah Murid sebagai ejen penyampai maklumat kepada rakan sebaya dan warga pendidikan.

Program ini juga diharapkan dapat memberi impak langsung kepada murid-murid untuk menjauhkan diri daripada rokok dan v**e

Photos from PIBKS SKSI II's post 09/12/2023

Pada Khamis, 30 November 2023, SK Sultan Idris 2 telah menyertai Kejohanan Pembangunan Bola Sepak Bawah 10tahun di SK Degong. Pasukan bola sepak ini dibawah kendalian jurulatih jemputan daripada KRT Taman Beca iaitu Encik Rohaimi bin Ibrahim.

Alhamdulillah, permulaan yang baik dalam peringkat kumpulan kerana berjaya menjadi Johan Kumpulan.
Namun rezeki tidak menyebelahi, pasukan SK Sultan Idris ll kecundang di peringkat suku akhir; kalah mati.

๐™†๐™š๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ช๐™
๐™‡๐™ž๐™œ๐™– ๐™†๐™ช๐™ข๐™ฅ๐™ช๐™ก๐™–๐™ฃ
SKSI ll vs SJKT Ladang Batak Rabit : 1-0
SKSI II vs SK Sg Durian : 1-0
SKSI II vs SK Kg Bahagia : 2-0
SKSI II vs SK Selabak : 3-0

๐™Ž๐™ช๐™ ๐™ช ๐˜ผ๐™ ๐™๐™ž๐™ง
SKSI II vs SK Sg Jejawi : 0-1

Tahniah dan Syabas buat pemain dan Jurulatih yang terlibat.
Semoga terus Sukses!

Photos from PIBKS SKSI II's post 30/11/2023

๐—œ๐——๐—ฅ๐—œ๐—ฆ๐—œ๐—”๐—ก ๐—›๐—ง

Pada 28 & 29 November 2023 telah berlangsungnya Karnival Hoki - Klinik Hoki Bawah 11 tahun di SK Ayer Hitam.
SK Sultan Idris ll telah menyahut cabaran ini dengan menghantar 2 pasukan bawah 11tahun; Lelaki dan Perempuan.

Terima Kasih diucapkan kepada Encik Mohamad Shahid selaku wakil PIBKS yang turut sama hadir memberi sokongan kepada pasukan.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua pemain-pemain, jurulatih dan pengurus.
Semoga Pasukan Hoki Idrisian akan menempa lebih banyak kejayaan pada masa akan datang. ๐Ÿ’ช๐Ÿป

๐™†๐™š๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ช๐™
Perempuan Bawah 11 tahun - Tempat Keempat
Lelaki bawah 11 tahun - Johan

Photos from PIBKS SKSI II's post 25/11/2023

๐—Ÿ๐—”๐—ง๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก | ๐—™๐—œ๐—ฅ๐—˜๐——๐—ฅ๐—œ๐—Ÿ๐—Ÿ

Pada 21 November 2023, Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia cawangan Hilir Perak telah hadir ke SK Sultan Idris ll untuk sesi latihan kebakaran.

Terima kasih atas kesudian untuk berkongsi pengetahuan dan makluman kepada seluruh warga sekolah dalam berdepan dengan waktu kecemasan dan demonstrasi memadam kebakaran yang telah dilaksanakan oleh guru dan murid.

Semoga perkongsian yang diberikan memberi manfaat kepada seluruh warga SK Suktan Idris ll.

Photos from PIBKS SKSI II's post 25/11/2023

๐—Ÿ๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฅ๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ | ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—›

Pada 18 November 2023. 3 orang murid SK Sultan Idris ll telah menyertai cabaran Lion Run 2023 di Sungai Petani.
Peserta-peserta ini telah menyahut cabaran Lion Run dengan sokongan dan penglibatan secara langsung jurulatih-murid-ibu bapa.

Ketiga-tiga murid SK Sultan Idris ll telah berjaya menamatkan larian dan seorang murid telah berjaya meletakkan diri dalam kalangan peserta terbaik.

Tahniah dan Syabas kepada Safiyyah Najihah, Nur Adriana Batrisyia dan Mufid atas kejayaan kalian. Semoga pasukan merentas desa terus sukses dengan bimbingan jurulatih Encik Rosli.

Photos from PIBKS SKSI II's post 25/11/2023

๐˜ฝ๐™€๐™๐˜ฝ๐™๐˜ฟ๐™„ ๐™‹๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™๐˜ผ๐™‰๐˜ผ๐™ƒ, ๐™‹๐˜ผ๐™Ž๐™๐™„ ๐˜ผ๐˜ฟ๐˜ผ ๐™ƒ๐˜ผ๐™Ž๐™„๐™‡๐™‰๐™”๐˜ผ

Pada 19 Oktober 2023, SKSI ll telah menerima satu set tanaman pertanian bandar dengan kerjasama Pejabat Pertanian. Beberapa orang murid telah terpilih untuk sama-sama menyemai benih mula beberapa jenis sayur.

Selepas lebih kurang 28hari, Hari ini hasil tanaman pertama iaiti sayur Kangkung dan sayur Bayam Merah sudah boleh dituai. ๐Ÿคฉ

๐•Š๐•–๐•˜๐•’๐•ฃ ๐••๐•’๐•ฃ๐•š ๐•‚๐•–๐•“๐•ฆ๐•Ÿ!
๐Ÿ…ต๐Ÿ†๐Ÿ…พ๐Ÿ…ผ ๐Ÿ†‚๐Ÿ…พ๐Ÿ…ธ๐Ÿ…ป ๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…พ ๐Ÿ†ƒ๐Ÿ…ฐ๐Ÿ…ฑ๐Ÿ…ป๐Ÿ…ด

Terima Kasih Jabatan Pertanian atas kesudian menjalin usahasama untuk Pertanian Moden di SK Sultan Idris ll.

Photos from PIBKS SKSI II's post 25/11/2023

๐™†๐˜ผ๐™๐™‰๐™„๐™‘๐˜ผ๐™‡ ๐™ƒ๐™Š๐™†๐™„ 4๐™ซ๐™จ4 ๐˜ฝ๐˜ผ๐™’๐˜ผ๐™ƒ 7๐™๐˜ผ๐™ƒ๐™๐™‰

Pada 25 November 2023, SK Sultan Idris ll telah menghantar pasukan Idrisian HT dalam Karnival Hoki 4vs4 Bawah 7tahun anjuran SK St Anthony Langkap.

Terima kasih kepada ahli kumpulan sokongan ibu bapa yang telah sama-sama hadir memberi sokongan dalam karnival ini.

๐™†๐™š๐™ฅ๐™ช๐™ฉ๐™ช๐™จ๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ช๐™:
โ€ขIdrisian HT Jr L7 - Tempat Ketiga (keseluruhan)
โ€ขIdrisian HT Jr P7 - Tempat Ketiga (kumpulan)

Jutaan terima kasih juga buat para penyumbang yang memberi sumbangan berbentuk kewangan dan makanan untuk Pasukan Idrisian HT.

Memorandum Persefahaman di antara sekolah-sekolah yang mengambil bahagian turut telah ditandatangani.
Semoga sukan Hoki daerah Hilir Perak semakin unggul dengan pembangunan seperti ini

Photos from PIBKS SKSI II's post 25/11/2023

๐’ฏ๐“Š๐’ถ๐’พ ๐’ซ๐’ถ๐’น๐’พ ๐’œ๐“ƒ๐“‰๐’ถ๐“‡๐’ถ ๐‘€๐’ถ๐“ˆ๐’ถ๐“€,
๐ธ๐“ˆ๐‘œ๐“€ ๐’ฅ๐’ถ๐“ƒ๐‘”๐’ถ๐“ƒ ๐ฟ๐’ถ๐“Ž๐“Š-๐ฟ๐’ถ๐“Ž๐“Š๐’ถ๐“ƒ;
๐ผ๐“ƒ๐“‰๐’ถ๐’พ ๐’ฆ๐’ถ๐“‚๐’พ ๐’œ๐“ƒ๐“‰๐’ถ๐“‡๐’ถ ๐’ฉ๐’ถ๐“‚๐“…๐’ถ๐“€,
๐ธ๐“ˆ๐‘œ๐“€ ๐’ฅ๐’ถ๐“ƒ๐‘”๐’ถ๐“ƒ ๐‘…๐’พ๐“ƒ๐’น๐“Š-๐‘…๐’พ๐“ƒ๐’น๐“Š๐’ถ๐“ƒ.

๐™ˆ๐˜ผ๐™…๐™‡๐™„๐™Ž ๐™‹๐™€๐™๐™Ž๐˜ผ๐™๐˜ผ๐˜ผ๐™‰ ๐™‚๐™๐™๐™ ๐˜ฝ๐™€๐™Ž๐˜ผ๐™

Pada 8 November 2023, SKSI II dan wakil PIBKS telah meraikan Guru Besar SK Sultan Idris ll sempena persaraan beliau.

Majlis berlangsung di Dewan Kinabalu, Wisma Abu Ubaidah.

Majlis yang ringkas tapi bermakna ini diharapkan dapat menjadi majlis yang akan diingati dan dikenang oleh Encik Zam Maโ€™mor bin Misran @ Misiran sempena tamatnya perkhidmatan beliau sebagai penjawat awam.

Didoakan Encik Zam Maโ€™mor dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat menikmati kehidupan selepas bersara dengan baik dan penuh kebahagiaan.

Want your school to be the top-listed School/college in Teluk Intan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Jalan Jawa
Teluk Intan
36000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00