Hospital Teluk Intan

Hospital Teluk Intan

Share

Jalan Changkat Jong, 36000 Teluk Intan, Perak, Malaysia
Tel : 05-6298400
Laman Web : https://jknperak.moh.gov.my/htintan

Photos from Hospital Teluk Intan's post 15/06/2026

BLOOD DONOR FUN RUN 2026 MERIAHKAN SAMBUTAN HARI PENDERMA DARAH SEDUNIA DI TELUK INTAN

Bersempena Sambutan Hari Penderma Darah Sedunia 2026, Ahli Lembaga Pelawat Hospital Teluk Intan (ALPHTI) dengan kerjasama Hospital Teluk Intan (HTI) telah berjaya menganjurkan Blood Donor Fun Run 2026 bertemakan โ€œDonate Life, Share Lifeโ€ di kawasan ikonik Menara Condong Teluk Intan. Program yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu telah mendapat sambutan luar biasa apabila berjaya menarik penyertaan lebih daripada 500 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Acara ini bukan sahaja menjadi platform untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat, malah turut meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pendermaan darah dalam menyelamatkan nyawa.

Majlis pelepasan dan perasmian telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohammad Faisal bin Ismail, Setiausaha Politik kepada Menteri Kesihatan Malaysia pada jam 7.45 pagi. Turut hadir memeriahkan program ialah Dr. Nordin bin Nasir, Pengarah Hospital Teluk Intan serta Puan Zulaiha binti Mohd Azam, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Teluk Intan merangkap Pengerusi Program.

Selain acara larian santai, pengunjung turut berpeluang menyertai Kempen Derma Darah yang dikendalikan oleh Hospital Teluk Intan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pendermaan darah di samping memberi penghargaan kepada para penderma darah yang disifatkan sebagai wira tidak didendang kerana sumbangan mereka yang amat bermakna dalam membantu menyelamatkan nyawa pesakit yang memerlukan.Sambutan yang diterima terhadap kempen derma darah amat menggalakkan dengan kehadiran ramai penderma yang tampil secara sukarela untuk menyumbang darah demi manfaat masyarakat.

Pelbagai agensi kerajaan turut mengambil bahagian melalui pembukaan reruai pameran dan pendidikan, antaranya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Teluk Intan, Penjara Tapah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Di samping itu, reruai daripada rakan strategik program serta usahawan tempatan turut dibuka bagi memberikan maklumat, promosi perkhidmatan dan pelbagai aktiviti menarik kepada para pengunjung. Gerai makanan dan minuman yang disediakan turut menambahkan lagi kemeriahan suasana sepanjang program berlangsung.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Penghargaan khusus diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) atas bantuan dan sokongan yang diberikan dalam memastikan kelancaran perjalanan program.Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada semua rakan strategik yang telah membantu dan menyokong penganjuran program ini, antaranya Pujaan Runners Club, Ameen, Adabi, Medifa Care, Maybank, Lotusโ€™s dan Coway, serta semua sukarelawan, peserta dan penderma darah yang bersama-sama menjayakan sambutan yang penuh bermakna ini.

Setitis darah yang didermakan mampu memberi harapan dan menyelamatkan nyawa. Terima kasih kepada semua penderma darah โ€“ anda adalah wira sebenar masyarakat.

Photos from Derma Darah Teluk Intan's post 15/06/2026

Tahniah Wak di atas penganugerahan ๐˜ผ๐™ฃ๐™ช๐™œ๐™š๐™ง๐™–๐™ ๐™†๐™๐™–๐™จ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™™๐™š๐™ง๐™ข๐™– ๐˜ฟ๐™–๐™ง๐™–๐™ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐™ƒ๐™ค๐™จ๐™ฅ๐™ž๐™ฉ๐™–๐™ก ๐™๐™š๐™ก๐™ช๐™  ๐™„๐™ฃ๐™ฉ๐™–๐™ฃ sempena Hari Penderma Darah Sedunia 2026.

Penerima : Encik Ahmat Khohairi bin Hayat, 70 tahun.

Photos from Kelab Sukan, Kebajikan Dan Rekreasi Hospital Teluk Intan's post 14/06/2026

Tahniah Pasukan HTI Futsal.
Anda hebat !

Want your organization to be the top-listed Government Service in Teluk Intan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Address


Teluk Intan
Teluk Intan
36000