Redmark Corporation

Redmark Corporation

Share

Membantu menguruskan proses utama perniagaan termasuk pengendalian hasil belum terima, pusat panggilan dan bantuan khidmat hubungan pelanggan.

13/09/2017

10 KESILAPAN DALAM RANCANG, URUS HARTA DAN PUSAKA

1. Anggap Penama EPF, Insurans, Tabung Haji, Unit Trust dianggap sebagai pemilik mutlak.

2. Anggap Bahagi harta pusaka guna wasiat adalah mutlak atau kebal.

3. Anggap Waris faraid hanya pasangan dan anak sahaja

4. Anggap tulis wasiat bermakna urus pusaka.

5. Faraid kan dah ada apa susah susah

6. Anggap Anak anak tahu apa nak buat bila mati nanti

7. Anggap Takaful selesaikan semua proses pusaka

8. Anggap Hibah Hartanah boleh berlaku hanya dgn borang pindah milik 14a di pejabat tanah sahaja.

9. Anggap proses pusaka tidak perlu pakai duit.

10. Anggap semua ahli waris mudah muafakat.

27/07/2017

RM5.779 BILLION WANG TAK DITUNTUT !

Antara soalan yang ditanya kepada saya semasa taklimat tentang perancangan harta dan pusaka adalah "Mana pergi duit-duit pusaka? Siapa yang pegang?"

Inilah antara jawapan yang sering saya berikan. Kalau harta alih seperti wang simpanan dalam bank kalau waris tidak tuntut, selepas 7 tahun duit itu akan di hantar oleh pendafar harta ie bank, kepada department WTD (wang tidak dituntut) di Jabatan Akauntant Negara. Tapi duit ini bukan duit pusaka sahaja. Duit orang masih hidup pun ada especially untuk akaun yang "dormant".

Oleh itu antara tugas wasi juga ada adalah untuk membuat semakan di WTD jika ada wang arwah yang tidak di tuntut dan kumpulkan bersama harta-harta pusaka yang lain untuk diuruskan.

Di bawah adalah artikel mengenai WTD di surat khabar hari ini yang memberi penjelasan secara umum.

Mohd Nasif Badruddin
[email protected]

SEBANYAK RM5.779 bilion Wang Tak Dituntut (WTD) masih berada dalam simpanan Jabatan Akauntan Negara sebagai pemegang amanah sejak 1977 hingga 30 Jun lalu.

Timbalan Menteri Kewangan I Datuk Othman Aziz berkata, ia membabitkan lebih 55 juta akaun seperti simpanan, semasa atau perniagaan.

"Sekiranya sesuatu akaun yang tidak aktif melebihi tujuh tahun, baki akaun terbabit menjadi WTD sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Seksyen 8 Akta WTD 1965 dan hendaklah diserahkan kepada Pendaftar WTD.

“Pendaftar WTD sebagai pemegang amanah akan menyimpan dengan selamat wang terbabit mengikut peraturan kewangan berkuatkuasa sehingga ia dituntut oleh empunya yang berhak. WTD adalah akaun amanah kerajaan di bawah Seksyen 10 Akta Acara Kewangan 1957.

"WTD ini akan dibayar kepada empunya tanpa faedah berdasarkan Seksyen 11(3) Akta WTD 1965," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) yang meminta Menteri Kewangan menyatakan langkah serta strategi kerajaan dalam menyelesaikan permasalahan WTD di Dewan Rakyat, Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, WTD ialah wang yang perlu dibayar di sisi undang-undang kepada pemilik yang sepatutnya dalam tempoh masa tertentu seperti mana ditetapkan oleh Akta WTD 1965.

Katanya, mengikut Seksyen 8 akta itu, terdapat tiga kategori WTD iaitu wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh melebihi satu tahun, wang di dalam kredit sesuatu akaun yang tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam tempoh masa melebihi tujuh tahun dan wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh melebihi dua tahun.

Beliau berkata, sebagai pemegang amanah, kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas wang berkenaan dan sentiasa memastikan ia selamat dalam pegangan kerajaan sehinggalah ia dituntut.

Menurutnya, orang ramai boleh membuat semakan di 25 kaunter Bahagian WTD disediakan di seluruh negara iaitu 13 di semenanjung, Sarawak (tujuh), Sabah (empat) dan sebuah kaunter baharu akan dibuka di Putrajaya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Julai 2017 @ 7:05

2016 © Harian Metro.
New Straits Times Press (M) Bhd.

17/07/2017

REALITI KEHIDUPAN :
NASIB ANAK YATIM

Kematian itu pasti, "setiap yang bernyawa akan merasai mati" Al-Ankaboot 29:57

Realitinya, manusia sekarang mempunyai prioriti yang berbeza, pandangan yang berbeza, dan membuat keputusan yang berbeza walaupun dari rahim yang sama.

Bila tengok adik beradik membahaskan siapa yang nak jaga anak anak sedara yang dah jadi yatim piatu...alaahai...sebak dibuatnya..

Yang tak larat dengar bila bicara mengenai kos nak tanggung anak anak sedara. Duit datang dari mana? Yang tanya soalan adalah yang paling loaded p**ak tuu....

Masa hidup lain cerita masa sudah tiada juga lain ceritanya. Rambut sama hitam hati lain lain. Ditambah p**a dengan hati pasangan masing masing.

Memamg kita harapkan yang terbaik. Nanum kita juga diberikan akal dan kekuatan untuk berfikir dan bertindak.
Buat apa yang diadalam kawalan anda sekarang.

1. Rancang siapa yang sanggup jadi penjaga jika anda tiada, jika anda dan pasangan pun tiada.
2. Rancang bagaimana menyediakan dana utk mereka yang sanggup jaga anak-anak anda.
3. Rancang siapa menjadi penjaga kepada harta anak anak bawah umur.
4. Rancang siapa menjadi Wasi untuk urusan pusaka.
5. Rancang dana untuk urus pusaka nanti
6. Sediakan garis panduan utk nilai nilai murni dan matlamat yang anda mahu penjaga terapkan didalam jiwa anak-anak anda.
7. Jangan letakkan anak-anak anda, pasangan didalam situasi yang rumit malah menagih simpati.
7. Bincang dengan mereka yang mempunyai ilmu dan pengalaman untuk bantu anda dalam merancang.

Rancang kerana sayang.........

Photos 06/07/2017

PERUNDING PROFESSIONAL

Adalah satu kemestian setiap perunding pewarisan harta Islam di Kausar untuk menjalani latihan yang telah distrukturkan secara bermodular. Mereka dilatih agar mereka dapat memberikan khidmat rundingan yang professional kepada umat Islam yang ingin merancang harta dan pusaka mereka secara shariah.

Janji jenama kami

PRIHATIN.SELESAI.TAMBAH NILAI

Bukan hanya sekadar janji tetapi segala yang di Kausar sediakan adalah menjurus kepada mencapai matlamat janji jenama kami.

Jika anda ingin dilatih secara professional sebagai perunding pewarisan harta Islam..pm kami sekarang

23/06/2017

KEPENTINGAN BELAJAR ILMU FARAIDH

Sabda Rasulullah SAW

"Pelajarilah Al-Quran dan ajarkanlah kepada manusia dan pelajarilah ilmu faraidh serta ajarkanlah, sesungguhnya aku manusia biasa yang akan meninggal dunia juga, dan ilmu akan hilang (dengan matinya yang mempunyai ilmu tersebut), sesungguhnya aku sangat resah dan takut jika nantinya ada orang yang bertengkar tentang pembahagian warisan dan permasalahan lainnya, akan tetapi mereka tidak menemukan seorang pun yang sanggup meleraikan dan menyelesaikan masalah mereka."

(Riwayat Imam Ahmad)

Want your business to be the top-listed Finance Company in Teluk Intan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Teluk Intan
36000