Huzairy Works
Jenama pilihan utama pemancing jeram di Malaysia. Layari https://huzairyworks.com
30/05/2026
Huzairy Works TOPWATA 60F. Coming soon!
Lepas The Fishing EXPO 2026 ni baru siap rasanya, tapi kami akan bawa sample untuk tatapan pengunjung expo nanti InsyaAllah.
Jumpa di sana!
28/05/2026
LEBIH 22,000 UNIT SPINNA TELAH TERJUAL.
Alhamdulillah, percaya atau tidak, begitulah bilangan Huzairy Works Spinna yang telah berjaya dijual sejak tahun 2021 di Shopee, TikTok Shop, dan secara bersemuka.
Inline spinner adalah gewang paling efektif untuk memburu Tengas jeram pergunungan. Kadar strike menggunakan inline spinner lebih tinggi jika hendak dibandingkan dengan penggunaan gewang lain seperti hardbody lure dan spoon, khususnya untuk spesis Tengas.
Walau bagaimana pun, ada kalanya gewang selain inline spinner menjadi pilihan Tengas. Atas sebab itulah Huzairy Works turut mengeluarkan gewang jenis spoon dan hardbody lure seperti Huzairy Works Topwata 60F, dan tak lama lagi, gewang jenis minnow.
Fokus Huzairy Works dari tahun 2021 hingga sekarang, ialah untuk game Stream Fishing sahaja. Hakikatnya, tak banyak jenama tempatan yang keluarkan produk untuk satu jenis teknik pancingan sahaja. Malah ada yang mengatakan kami rugi sebab tak 'tap' dalam market lain yang ada lebih ramai pemancing.
Di sinilah terpampang jelas pendirian dan fokus kami, iaitu Stream Fishing semata-mata. Segala usaha, tenaga, wang ringgit, promosi, dan R&D kami salurkan untuk game Stream Fishing.
Harapan kami semoga usaha kecil kami ini dapat memberi impak dan kesedaran kepada pemancing tempatan, yang ada jenama kecil seperti Huzairy Works, yang sedang berusaha untuk keluarkan produk berkualiti setanding dengan jenama antarabangsa.
Terima kasih atas segala sokongan. Jangan lupa turun Fishing Expo 2026 nanti, teringin nak jumpa sahabat-sahabat yang selalu support Huzairy Works dari dulu sampai sekarang.
-
Huzairy
15/05/2026
Huzairy Works Kilait 2.5g "Silhouette" Series Limited Edition.
On x on geng?
Cadangnya nak bawa masa Fishing Expo 2026 nanti, tapi mungkin kita akan buka jualan dulu untuk yang berminat. Limited 50 pcs sahaja setiap warna.
12/05/2026
Terbaik geng!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Perak
Teluk Intan
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |