Anas Property Advisor

Anas Property Advisor

Share

PRIMA, PSK,SUBSALE
Memberikan servis yang terbaik mengenai jual beli tanah & rumah dan hal-hal berkaitan dengan hartanah

Photos from Anas Property Advisor's post 08/11/2021

NAK BELI RUMAH?

MASIH CONFUSE NAK PILIH ANTARA MRTT ATAU MLTT?

Selain daripada Jumlah Loan yang kita nak apply, kita perlu faham & pilih Insurans/Takaful untuk cover Loan Rumah kita. Silap pilih tak boleh nak u-turn dah

Meh saya terangkan dengan lebih detail dalam thread ni.

DM untuk info lanjut!!!

💬http://www.wasap.my/+6001133845296/ANAS

03/10/2021
03/10/2021

Assalamualaikum & Hi Anak Muda Hebat!

BOLEHKAH BELI RUMAH WAKTU GAWAT NIE?

Ramai yang tanya soalan ini, malah ada sifo yang galakkan beli waktu gawat begini.

Ini pandangan saya yang bukan sifo, hanya mengajar sekolah rendah saja.

1. Elakkan beli rumah dalam pembinaan, di bimbangi rumah tak siap. Krisis 1997-98 ada lebih 500 pemaju yang bankrupt. Krisis kali ini lebih luar biasa sebenarnya. (Mohon maaf sahabat ejen REN sekalian).

2. Belilah dari pasaran subsale. Rumah dah siap dan boleh duduk terus selepas urusan selesai.

3. Cuba cari hartanah bawah harga pasaran antara 20-30% jika dapat. Jika nilai turun lagi setidaknya kita selamat.

4. Maksimumkan tempoh pembiayaan dan pembiayaan bank. Ini bertujuan agar bayaran bulanan kita rendah setiap bulan dan kita tak rasa terbeban bayar hutang rumah.

5. Pilih bank yang bagi value tinggi. Semak dengan beberapa bank, berapa nilai hartanah yang kita nak beli. Makin tinggi nilai bank itu bagi, disitu kita buat pembiayaan.

Jika nilai tinggi, sikit duit kita kena keluarkan waktu membeli.

6. Beli rumah yang ada potensi pelaburan, jika kita kena pindah atau dibuang kerja. Kita boleh jual pada nilai yang lebih baik.

7. Beli rumah yang bayaran bulanan lebih rendah dari sewa. Jika kawasan itu sewa RM1200 sebulan. Beli rumah yang bayar ansuran bank hanya RM1000 sebulan. Ada caranya .

8. Mana ada rumah macam tu? Cari di website hartanah dan berkawanlah dengan semua ejen hartanah. Mereka ada banyak senarai 'rahsia' penjual terdesak rumah.

Ejen saya pernah tawarkan rumah 40% dibawah harga pasaran.

9. Beli bila bersedia, jika kerja belum stabil dan gaji masih kecil. Tak salah menyewa, biar lambat asal selamat. Jangan terburu beli dan terlelong nanti.

10. Jangan ada impian tunggu dan lihat saja, beli rumah harus bermula dengan menabung. Jika tabungan tak ada dan ada orang ajar beli rumah tanpa modal. Bersedialah untuk hidup merana.

Rumah tetap sebuah keperluan asas manusia. Lambat atau cepat kita tetap perlu membeli rumah juga.

Dalam krisis akan ada banyak peluang. Bersediakah kita.

Source: Azizul Azli Ahmad

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Temerloh?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Address


Temerloh
28000

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00