APM Tuaran
Telefon Pejabat Operasi: 088-787991(24Jam)
Telefon Pejabat Pengurusan: 088-785585 (Office Hours (0800hrs-1700hrs)
12/06/2026
POKOK TUMBANG HALANG LALUAN UTAMA (PT)
π
12 Jun 2026 (Jumaat)
π Kompleks Pertanian, Tuaran
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada RC 999 berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan utama.
Menurut pengadu, kejadian disedari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terlihat sebatang pokok tumbang yang menghalang laluan. Bimbang akan keselamatan diri dan orang awam, pengadu segera menghubungi talian kecemasan 999 untuk mendapatkan bantuan.
Seramai 4x anggota LLP segera dikerahkan ke lokasi tersebut. Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok hutan dengan anggaran ketinggian 30 kaki dan bersaiz setengah pemeluk orang dewasa telah tumbang serta menghalang kedua-dua laluan jalan utama.
Skuad bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut dengan bantuan orang awam sehingga laluan kembali selamat digunakan. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
09/06/2026
POKOK TUMBANG MENGHALANG LALUAN (PT)
π
9 Jun 2026 (Selasa)
π Kampung Penampang Baru, Tuaran
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Tuaran telah menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang yang menghalang laluan utama.
Menurut pengadu, kejadian disedari semasa dalam perjalanan pulang ke rumah apabila terlihat sebatang pokok tumbang menghalang kedua-dua laluan jalan. Bimbang akan keselamatan pengguna jalan raya, pengadu segera menghubungi talian Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Tuaran untuk mendapatkan bantuan.
Sejurus menerima maklumat, skuad APM Tuaran telah digerakkan ke lokasi. Setibanya di lokasi, didapati sebatang pokok jenis safoda dengan anggaran ketinggian 25 kaki dan saiz sebesar setengah pemeluk orang dewasa telah tumbang serta menghalang laluan jalan utama.
Skuad bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut dengan selamat sehingga laluan kembali boleh digunakan. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Syabas kepada skuad Bravo πͺπ»
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
08/06/2026
POKOK TUMBANG (PT)
π
08 Jun 2026 (Isnin)
π Sekolah Pendidikan Khas, Tuaran
APM Daerah Tuaran menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian pokok tumbang di kawasan sekolah.
Menurut pengadu, semasa hendak ke sekolah, beliau terlihat sebatang pokok tumbang di kawasan sekolah, bimbang akan keselamatan diri dan ahli keluarganya. Beliau segera menghubungi PKOD Tuaran untuk mendapatkan bantuan.
Seramai 4x anggota segera dikerahkan ke lokasi tersebut. Setibanya di lokasi, anggota mendapati sebatang pokok mangga dengan anggaran ketinggian 30 kaki dan saiz sebesar 1x pemeluk orang dewasa tumbang di kawasan padang.
Anggota bertugas berjaya mengalihkan pokok tersebut dengan selamat. Tiada sebarang kecederaan yang dilaporkan.
Syabas kepada skuad Bravoπͺπ»
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia - APM Negeri Sabah
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Tuaran