BSPTD IPD Tuaran
Laman Rasmi Facebook Bahagian Siasatan & Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran, Sabah.
09/01/2026
TAHNIAH DAN SYABAS KEPADA PENGARAH JSPT BAHARU
Ketua Polis Negara, IG Dato’ Sri Hj. Mohd Khalid Hj. Ismail dan isteri merangkap Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia, Datin Sri Datuk (Dr.) Hjh. Munirah Che Rose serta seluruh warga kerja Polis Diraja Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada CP Dato’ Sri Muhammed Hasbullah Ali yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT).
Selamat menjalankan tugas dan amanah demi Pasukan dan negara.
#06012026
03/12/2025
27 HARI LAGI ❗❗❗
Nikmati diskaun saman PDRM sebanyak 70%. Akan tamat pada 30 Disember 2025. Rebut peluang untuk jelaskan saman anda sekarang dengan cara yang selamat, pantas dan mudah. Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
29/11/2025
|HEBAHAN SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH TUARAN|
PENUTUPAN & LENCONGAN LALUAN – HARI PENGUNDIAN PRN SABAH KE-17
Pihak Polis Daerah Tuaran akan menutup beberapa jalan utama pada 29 November 2025 (Sabtu) bagi kelancaran proses pengundian di Dewan Sri Sulaman.
JALAN DITUTUP
Penutupan bermula jam 7.00 pagi hingga selesai melibatkan lokasi berikut:
1️⃣ JALAN HADAPAN URUS SETIA/ DEWAN SRI SULAMAN
2️⃣ SEPANJANG JALAN PADANG ISTIADAT TUARAN/ HADAPAN ASTAKA TUARAN.
Nasihat Trafik
• Pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan awal.
• Gunakan laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
• Patuhi arahan pegawai polis yang bertugas demi kelancaran trafik sepanjang hari pengundian.
27/11/2025
KEMPEN PENGURANGAN BAYARAN SAMAN TRAFIK SEBANYAK 70% BERMULA PADA 1 NOVEMBER 2025 HINGGA 30 DISEMBER 2025
JANGAN LEPASKAN PELUANG MEMBAYAR SAMAN PDRM ANDA
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH TUARAN | PENUTUPAN JALAN DI DAERAH TUARAN
PDRM Tuaran akan melaksanakan penutupan dan lencongan jalan pada 15 November 2025 (Sabtu) dan masa seperti dibawah sempena proses penamaan calon PRU DU Sabah ke-17 di Dewan Sri Sulaman, Tuaran.
🚧 Jalan terlibat:
1️⃣ Jalan Hadapan Urus Setia/ Dewan Sri Sulaman
⏰ Masa mula ditutup : 15/11/2025 @ 0001 hrs
⏰ Masa dibuka semula : 15/11/2025 @ 1300 hrs
2️⃣ Sepanjang Jalan Padang Istiadat Tuaran/Hadapan Astaka Tuaran
⏰ Masa mula ditutup : 15/11/2025 @ 0001 hrs
⏰ Masa dibuka semula : 15/11/2025 @ 1300 hrs
3️⃣ Jalan Datuk Dahlan
⏰ Masa mula ditutup : 15/11/2025 @ 0600 hrs
⏰ Masa dibuka semula : 15/11/2025 @ 0900hrs
Orang ramai dinasihatkan rancang perjalanan lebih awal dan guna laluan alternatif bagi mengelakkan kesesakan.
01/11/2025
01 NOV 2025 - MAKLUMAN GANGGUAN TALIAN HOTLINE IPD TUARAN
SEBARANG KESULITAN AMAT DIKESALI.
TERIMA KASIH.
31/10/2025
HEBAHAN: KEMPEN PENGURANGAN BAYARAN SAMAN TRAFIK SEBANYAK 70%
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik akan melaksanakan kempen pengurangan bayaran saman sebanyak 70% bermula 1 November hingga 30 Disember 2025.
Ikuti infografik yang disediakan sebagai panduan.
Sumber: Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM
22/10/2025
Polis menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 70 peratus bagi tempoh November hingga Disember ini.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tawaran itu dibuka sebelum semua kadar saman diselaraskan mulai 1 Januari 2026, melibatkan semua agensi penguatkuasaan.
Sumber :Buletin TV3
Diskaun saman trafik 70 peratus hingga hujung tahun sebelum sistem baharu – Saifuddin Oleh: Hilmi Abdul Malik KUALA LUMPUR: Polis menawarkan diskaun saman trafik sebanyak 70 peratus bagi tempoh November hingga Disember ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata tawaran itu dibuka sebelum semua kadar sa...
31/08/2025
KEMPEN 50 PERATUS DISKAUN SAMAN TRAFIK PDRM
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan 50% pengurangan saman trafik melalui aplikasi MyBayar PDRM dengan log masuk menggunakan MyDigital ID.
Tempoh diskaun pengurangan saman bermula 31 Ogos hingga 16 September 2025.
27/08/2025
DISKAUN SAMAN SEBANYAK 50%
PEMBAYARAN BOLEH DI BUAT MELALUI KAUNTER PEMBAYARAN SAMAN TRAFIK IPD TUARAN DAN SELURUH KAUNTER SAMAN TRAFIK DI SELURUH NEGERI SABAH.
(Tertakluk pada Terma & Syarat)
“DISKAUN SAMAN 50% DATANG LAGI”
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah akan mengadakan diskaun saman sebanyak 50% Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke - 68, Hari Sabah dan Hari Malaysia Tahun 2025. Orang ramai dijemput untuk hadir bagi pembayaran saman seperti ketetapan berikut :-
Tarikh : 28 Ogos 2025 – 30 Ogos 2025
Waktu : 8.00 Pagi – 4.30 Petang
Lokasi : Pembayaran Boleh Dibuat Di Kaunter Trafik IPK Sabah dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seluruh Sabah.
"BAYAR LEWAT, BAYAR LEBIH"
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Website
Address
Ibu Pejabat Polis Daerah Tuaran
Tuaran
89207