MR Collections

MR Collections

Share

Tak perlu jealous dengan
orang yang sweet couple,
kerana manusia dicipta saling
berpasangan. Cubalah "jealous" dengan
Orang yang kuat Imannya.....♥♥

11/11/2025

Nampaknya LRT laluan mutiara akan dipanjangkan sehingga ke kawasan Seberang perai

Penduduk seberang perai, seberang jaya dah boleh jimat kos, naik LRT untuk pergi kerja

Memudahkan pelancong untuk pergi p**au dengan ride LRT tak perlu bawa kereta. Sekaligus kurangkan kemas**an kereta dalam p**au.

Idea baik kita sokong 👍🏻 Terima kasih PMX

29/07/2025

🗣Bagi yang tidak tahu, inilah beza antara 1 hektar (hectare) dan 1 ekar (acre). Jangan silap!

1 hektar = 2.471 ekar

** refer dimension yang ditunjukkan sahaja.

27/07/2025

"Tak kaya takpe, janji cukup makan"... ayat paling bahaya dalam hidup.

1
Ayat ni nampak humble...
– Tapi ramai yang guna ayat ni sebagai alasan untuk kekal selesa dalam hidup susah.

2
"Janji cukup makan" tu maksudnya kau redha hidup atas paras minimum...
– Tak mampu bantu mak ayah. Tak mampu bantu anak isteri. Tak mampu bantu siapa-siapa.

3
Kau rasa selamat sebab setiap bulan boleh survive...
– Tapi sebenarnya, kau satu penyakit away je dari ke laut.

4
Kau kerja 9–6, makan gaji 12 bulan… tapi saving RM1,000 pun tak ada.
– Ini bukan pasal tak cukup… ini pasal tak rancang.

5
Tak nak kaya takpe…
– Tapi kau kena ada simpanan kecemasan. Kau kena ada duit bila keluarga perlukan.

6
"Janji cukup makan" tu selalunya datang dari orang yang tak ada tanggungan...
– Bila kau ada anak, isteri, mak ayah... baru kau faham dunia ni kejam untuk orang yang cukup-cukup je.

7
Kalau cukup makan tu target kau…
– Kau akan kerja seumur hidup. Sebab cukup makan = cukup bayar bil. Tak pernah lebih.

8
Orang yang cukup makan tak ada leverage...
– Bila berlaku inflasi, harga barang naik... hidup dia makin tertekan, tapi tak ada plan nak keluar dari tekanan tu.

9
"Takpe la, aku selesa dah macam ni"…
– Tapi bila kau scroll media sosial, kau cemburu tengok orang lain pergi Umrah, beli rumah, bawa mak jalan-jalan.

10
Kau rasa orang kaya tamak sebab nak lebih...
– Tapi hakikatnya, orang cukup-cukup je yang selalu paling terdesak bila darurat datang.

11
Bila kau ada duit lebih…
– Kau ada pilihan. Kau ada kuasa. Kau boleh kata “tidak” bila ada orang nak pijak kau.

12
"Tak kaya takpe"…
– Tapi jangan sampai anak-anak terpaksa ulang kitaran struggle sama macam kau.

13
Cukup makan tu bukan matlamat...
– Itu survival mode. Dan manusia yang hidup dalam survival mode, takkan pernah rasa tenang.

14
Jangan bangga hidup tanpa simpanan, tanpa backup, tanpa plan...
– Itu bukan tawakal… itu cuai.

15
Kau tak perlu jadi billionaire.
– Tapi kau kena ada duit cukup untuk jaga orang yang kau sayang... tanpa perlu minta tolong orang lain.

16
“Tak kaya takpe” tu bunyi macam redha...
– Tapi banyak kali tu adalah putus asa yang dibungkus dengan ayat sabar.

17
Dan benda paling tragik…
– Bila anak kau ulang ayat sama bila dia besar nanti. “Takpe lah, janji cukup makan.”

18
Masa tu baru kau sedar...
– Yang benda paling bahaya dalam hidup… bukan kemiskinan. Tapi normalisasi kemiskinan.

Kalau kau rasa post ni kena atas batang hidung sendiri... bagus.
Sebab sedar itu lebih baik daripada terus selesa dalam silap.

Nak mula keluar dari perangkap “cukup makan”?
Belajar kawal duit. Bina simpanan. Gali skill. Tingkatkan pendapatan. Biar lambat, janji keluar.

-Abudi Alsagoff

Want your business to be the top-listed Clothing Store in Tumpat?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Website

Address


Tumpat
16200