Dewdemy
DEWDEMY SOLUTION
SSM : 003052236-A Di Dewdemy Education kami percaya Pendidikan Masa Hadapan yang diperlukan anak-anak adalah:
1.
24/05/2026
Bengkel Sirah Dewdemy : Simulasi Manasik Haji
Istimewa program bersama anak-anak Little Folks Bangi, siri Dewdemy ke empat pada Jumaat lepas. Kali ini sudah lebih serasi lebih bertenaga lebih ilmiah! 😍
Kalau selalu aktiviti seperti ini dipromotekan dengan aktivitinya yang fancy sahaja, namun sesi ini adalah sesi ilmiah, seumpana pergi umrah dan haji yang sebenar. Sungguh tekun anak-anak menimba ilmu, memahami flow dan menanda check list.
Saya setupkan flow haji Ifrod sebab anak-anak sudah memakai ihram sejak dari rumah.
Bermula naik flight, melintas Qornul Manazil, masuk terus ke Mekah bertawaf Qudum barulah ke Mina.
Membangunkan anak-anak muslim pemikir ummah bermula dengan pasak ilmu sahih yang kukuh. Tidak sekadar fancy fancy dalam beragama sahaja. Sesi ini anak faham makna haji, waktu haji, feqah haji. Anak faham ibrah, anak faham sunnah dan anak fokus ilmunya, tidak sekadar rekabentuk binaan dan tanda lokasi yang fancy fancy sahaja.
Sayangnya, simulasi haji selalu dibuat untuk anak-anak tadika.
Sepatutnya anak bersekolah rendah dan menengahlah yang perlu difokuskan.
Saya berani cakap anak remaja ramai tak tahu manasik haji.
Setuju?
Semoga Allah merahmati anak-anak didik kami ini!
Amin!
Cikgu Yaqzan
Guru Pengembara Sirah
Mutawif real yang mengajar anak-anak simulasi haji.
Hanya di Dewdemy 🥰
Hubungi untuk jemputan dan kolaborasi 😊
bit.ly/jemputanbengkelsirah
Belajar Sirah bosan?
Bagaimana Sirah diajarkan di Dewdemy?
Bengkel Sirah untuk group homeschool
bit.ly/bengkelsirahdewdemy
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Bangi