Perbadanan Labuan

Perbadanan Labuan

Share

Perbadanan Labuan ditubuhkan pada 1 Julai 2001, di bawah Akta 609, Akta Perbadanan Labuan 2001.

13/06/2026

Tidak kira anda dari golongan mana, Road To MAHA Labuan menyediakan for peluang seluas-luasnya untuk peningkatan sektor pertanian, hotikultur dan agropelancongan



23 Hingga 26 Julai 2026
Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

🔔 TING! Sekilas

Untuk siapa?

Road To MAHA Labuan 2026 terbuka kepada komuniti nelayan dan peladang, usahawan IKS dan belia, pelabur, pemain industri, pelancong serta institusi pendidikan.

📍 23–26 Julai 2026
📍 Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan

🌾 Ada lagi yang menarik! Tunggu perkongsian seterusnya. 🚜✨

Photos from Perbadanan Labuan's post 11/06/2026

*PERINGATAN KEPADA PENGUNJUNG PANTAI TANJUNG BATU: JAGA KELESTARIAN POKOK DAN KESELAMATAN AWAM*

Perbadanan Labuan (PL) ingin menarik perhatian orang ramai berhubung aktiviti memanggang makanan yang dilakukan oleh segelintir pengunjung di kawasan Pantai Tanjung Batu dengan menyalakan api terlalu hampir atau terus di pangkal pokok-pokok ameniti.

Hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh pihak PL mendapati tindakan tersebut telah menyebabkan kerosakan serius pada struktur batang dan sistem akar pokok akibat pendedahan kepada haba yang tinggi serta pembakaran yang berulang. Keadaan ini mengakibatkan bahagian batang pokok mengalami kerosakan tisu, pereputan dan kehilangan kekuatan struktur yang boleh menjejaskan kestabilan pokok dalam jangka masa panjang.

Sehubungan dengan tahap kerosakan yang dialami dan setelah mengambil kira faktor keselamatan awam, PL terpaksa melaksanakan kerja-kerja pelupusan pokok berkenaan bagi mengelakkan sebarang risiko kejadian pokok tumbang atau dahan patah yang boleh mengancam keselamatan pengunjung, khususnya ketika kawasan pantai menerima kehadiran orang ramai atau semasa cuaca buruk.

PL ingin menegaskan bahawa pokok-pokok ameniti yang terdapat di kawasan rekreasi awam merupakan aset hijau yang bernilai dan memainkan peranan penting dalam menyediakan teduhan, meningkatkan kualiti persekitaran serta mengekalkan keindahan landskap kawasan pantai. Kerosakan terhadap pokok bukan sahaja menjejaskan ekosistem setempat, malah menyebabkan kerugian kepada pihak berkuasa yang perlu menanggung kos penyelenggaraan dan penggantian pokok.

Oleh yang demikian, orang ramai adalah dinasihatkan supaya:

1. Tidak menyalakan api atau melakukan aktiviti memanggang makanan di pangkal atau berhampiran pokok.

2. Memastikan bara api dipadamkan sepenuhnya selepas digunakan.

3. Tidak membuang sisa arang, sampah atau bahan mudah terbakar di kawasan sekitar pokok.

4. Bersama-sama memelihara pokok dan kemudahan awam demi keselamatan serta keselesaan semua pengunjung.

PL berharap agar semua pengunjung dapat memainkan peranan masing-masing dalam menjaga kelestarian alam sekitar dan kemudahan awam. Kerjasama serta sikap bertanggungjawab daripada setiap individu amat penting bagi memastikan kawasan Pantai Tanjung Batu kekal selamat, bersih dan kondusif untuk dinikmati oleh seluruh masyarakat.

*“Pokok yang sihat menjamin keselamatan pengunjung dan kelestarian alam sekitar. Marilah kita bersama-sama memelihara khazanah hijau untuk generasi akan datang.”*

Want your organization to be the top-listed Government Service in Victoria?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Victoria

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00