KPDN WP Labuan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Kos Sara Hidup W.P. Labuan
(KPDN W.P. Labuan)
31/05/2026
PEMANTAUAN PEMATUHAN SHMMP KAAMATAN DAN GAWAI 2026 SERTA OPS TIRIS 4.0 DI KAWASAN LUAR BANDAR LABUAN
31 Mei 2026 | Ahad β Memasuki hari kelima pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Pesta Kaamatan dan Gawai 2026, sepasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Wilayah Persekutuan Labuan telah meneruskan aktiviti pemeriksaan dan pemantauan di kawasan luar bandar Labuan.
Pemeriksaan yang dijalankan meliputi pematuhan SHMMP, Ops Tiris 4.0, pemantauan bekalan barangan keperluan pengguna serta penguatkuasaan perundangan lain di bawah seliaan KPDN. Sebanyak 68 premis perniagaan telah diperiksa, termasuk premis peruncitan dan stesen minyak di lokasi yang terlibat.
Hasil pemeriksaan mendapati semua premis yang diperiksa mematuhi peraturan yang berkuat kuasa. Peniaga didapati mematuhi ketetapan SHMMP termasuk pemaparan tanda harga yang jelas dan penggunaan label merah jambu bagi barangan harga terkawal, manakala stesen minyak p**a mematuhi peraturan berkaitan penjualan serta pengendalian bekalan petrol dan diesel.
Pemantauan turut mendapati bekalan barangan keperluan pengguna berada pada tahap mencukupi dan mudah diperoleh oleh orang ramai. Tiada kesalahan dikesan serta tiada aduan pengguna diterima sepanjang tempoh penugasan hari ini.
KPDN Labuan menyeru semua peniaga agar terus mengekalkan tahap pematuhan yang baik terhadap peraturan yang ditetapkan, khususnya sepanjang tempoh pelaksanaan SHMMP. Kerjasama yang diberikan oleh komuniti perniagaan amat penting dalam memastikan pengguna dapat menikmati bekalan barangan yang mencukupi pada harga yang berpatutan serta mewujudkan suasana perdagangan yang adil dan teratur.
π Call Centre 1-800-886-800
π E-mel : [email protected]
π Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN
π Portal E-Aduan : https://eaduan.kpdn.gov.my
π Whatsapp : http://www.wasap.my/+60198488000/Aduan+Pengguna
π Pejabat KPDN WP Labuan : 087-423152
π Bilik Gerakan KPDN WP Labuan : 087-423209
π Faks : 087-452150
Ikuti laman rasmi KPDN WP Labuan
Facebook : https://www.facebook.com/share/18zGGckXQx/?mibextid=qi2Omg
TikTok : https://www.tiktok.com/?_t=ZS-8ti7p18sJSD&_r=1
31/05/2026
πΎβ¨ SELAMAT MENYAMBUT PESTA KAAMATAN β¨πΎ
Dengan penuh kesyukuran, kami mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan kepada seluruh Keluarga Malaysia yang meraikannya.
βKotobian Tadau Tagazo Do Kaamatanβ
Semoga semangat Kaamatan terus menyatukan kita dalam keharmonian, memupuk rasa kesyukuran serta membawa kemakmuran yang berterusan kepada semua. π€
Ikhlas daripada:
Puan Junaidah Binti Arbain
Pengarah
serta seluruh warga kerja
Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Wilayah Persekutuan Labuan.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
No. 15B, Level 15, Block 4, Financial Park
Victoria
87000
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Tuesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Wednesday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Thursday | 08:00 - 13:00 |
| 14:00 - 17:00 | |
| Friday | 08:00 - 11:30 |
| 14:00 - 17:00 |