Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan

Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan

Share

ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

24/12/2022

25.12.2022

JAS WP Labuan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal kepada semua yang menyambut terutamanya masyarakat di WP Labuan.

Selamat bercuti kepada semua dan semoga anda semua sentiasa menerapkan etika alam sekitar walau di mana anda semua berada.

22/12/2022

KUNJUNGAN HORMAT VELESTO ENERGY BERHAD KE JABATAN ALAM SEKITAR WP LABUAN

21 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah menerima lawatan daripada pihak Velesto Energy Berhad WP Labuan pada Rabu.

Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan Buangan Terjadual dan program-program berkaitan alam sekitar yang boleh diadakan antara kedua-dua belah pihak.

Semoga kunjungan ini mendapat manfaat yang besar dalam memastikan alam sekitar di WP Labuan lebih terpelihara.

Photos from Jabatan Alam Sekitar W.P. Labuan's post 07/12/2022

PROGRAM KITAR SEMULA E-WASTE DARIPADA RUMAH

03 DISEMBER 2022, WP LABUAN - JAS WP Labuan telah dijemput oleh pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), W.P Labuan untuk memberi perkongsian mengenai e-waste pada Sabtu di Kg. Sungai Labu WP Labuan.

Perkongsian ini telah dikendalikan oleh En. Muhammad Nadzmi dan sesi kuiz telah dijalankan oleh pihak JAS WP Labuan untuk memastikan peserta betul-betul memahami intipati topik yang dikongsi.

Selain itu, pihak KWSP juga telah mengadakan pengumpulan e-waste sepanjang program ini berlangsung. Lebih 5 kilogram e-waste telah dikumpul pada program yang berlangsung pada sabtu.

Turut hadir pada Sabtu adalah En. Gilbert A. Jokula, Ketua Cawangan KWSP WP Labuan serta ahli keluarga kakitangan KWSP dan juga masyarakat Sg. Labu.

Want your organization to be the top-listed Government Service in Victoria?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Blok 4, Tingkat 4
Victoria
87007

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00