LogicLab Circle by SAL Berhad
www.logiclabofficial.com With 12 years of expertise in leading market research and negotiating game-changing deals, he's the secret weapon your business needs.
28/07/2025
#2025
MENGURUS KAKI PUTAR
Kaedah paling berkesan bagi mengatasi kesamaran dan ambiguiti dalam berdialog adalah mendefinisikan istilah (terms) yang di maksudkan, umpama memastikan kordinasi satu lokasi dengan setepatnya.
Tanpa istilah yang tepat perkataan-perkataan yang dilontarkan umpama tiada makna tetap dan boleh diubah-ubah , dimanip**asi dan diputar alam oleh para pemutar yang handal.
Pemutar yang handal mampu memusing, mengelirukan (selalu dianggap bijaksana oleh audien yang keliru), walhal tak beri apa makna kepada perkataan-perkataan yang dizahirkan dalam sesi dialog.
Sebagai tips menghentikan putaran luar biasa mereka, kita pegang fikiran dia dan fikiran kita menghadap kiblat yang sama dalam memahami makna-makna istilah yang digunakan pada topik utama, hujah bukaan mahupun hujah balas.
Contoh:
“Kepala Polis”
Istilah kepala yang dimaksudkan adakah kepala bahagian anggota badan yang biasa kita fahami.
Adakah hujah ini mahu cerita tentang saiz kepala atau bentuk kepala polis ? Walhal maksud kepala ini merujuk kepada istilah seorang “ketua”, maka apabila dijelaskan ini perbahasan kali ini jelas tentang ketua (pemimpin) polis.
Maka hujah lebih terarah dan tidak terbuka kepada maksud lain untuk ditafsirkan, apatah lagi dimanip**asi.
“Leceh la kalau semua nak kena selidik istilah”
Ya, jika telus mahupun kebenaran dari dialog tersebut hal ini tidak leceh, nak mudah adalah tak payah fikir dan ikut sahaja naluri emosi yang kita memang sudah rasakan betul sebelum hadir berdialog, maka apa fungsi hadir dialog untuk ketetapan fikiran sebegini ?
Berdialog untuk temukan satu titik kebenaran dalam konteks topik yang dibahaskan, walaupun bertentangan dengan apa yang kita fikir betul sebelum ini, bersedia untuk adaptasi dengan pencerahan yang lebih utuh.
Kepada semua penghujah, pastikan tiada ruang untuk kaki putar membuat putaran sakti mereka terhadap ketelusan anda dalam temukan kebenaran.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the organization
Website
Address
Shah Alam
40000
Opening Hours
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Friday | 09:00 - 17:00 |
| Saturday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |